Thursday, May 14, 2009

“TSUNAMI”

Dah lama disini baru sekejap rasanya, pejam celik pejam celik dah 9bulan bermastautin di Negara orang sebagai perantau, cepatnya masa berlalu. Tanggal 25/08/2008 datang ke sini dan sekarang sudah tanggal 13/05/2009. Walaupun baru 9bulan berada di sini banyak perkara yang tersurat dan tersirat dapat dikutip sebagai pengalaman hidup anak perantauan. Segala-galanya berbeza dengan tanah air sendiri, “Malaysia” namamu sentiasa di hati ini. Kejanggalan dan keanehan yang dulunya terasa tapi sekarang sudah dapat disesuaikan dengan diri dan keadaan.


Tanggal 26/12/2008, peristiwa yang dulunya pernah menggemparkan dunia dengan kejadian gegaran dan ombak laut yang besar “tsunami”. Peristiwa ini merupakn peristiwa bersejarah bagi rakyat Indonesia-Aceh. Semua kantor-kantor, institusi pendidikan libur sempena memperingati kejadian yang terjadi di tempat mereka suatu ketika dulu. Dengar aja libur, aduuh, syoknyee, dapatlah rehat di rumah tanpa ke kuliah, hehehe, “yahooo” girang rasanya hati kecil ini. Bukan gembira kerana tidak perlu belajar, tapi masa untuk rehat diberikan, dapatlah restkn kaki dan minda yang selama ini asyik dengan pengkuliahan, pencarian bahan rujukan, perbentangan dan lain2..udah capet bangat otak ini berputar tanpa henti..syukur Alhamdulillah diberi kesempatan untuk rehatkn diri. Lega rasanyaa di hati tanpa terkira lagi .


Dalam kegirangan tanpa pengkuliahan tiba-tiba teringat kembali cuti peristiwa “tsunami” berlaku. Sedih rasanya hati ini, mengingatkan semula peristiwa lampau, YA ALLAH!! Ku mohon padaMu agar sejarah dulu tidak berulang kembali. Malaysia hanya merasa gegaran yang bisa menggoncang bangunan & hanya sedikit negeri yang terkena percikan tsunami seperti negeri yang berada di persisiran pantai dan berdekatan laut. Gegaran yang terjadi di Aceh sendiri bukan sahaja dapat mengubah struktur tanah dan juga meruntuhkan bangunan tetapi memusnahkan semua yang ada, nyawa manusia melayang, harta benda dunia musnah sekelip mata, anak-anak berteriakkan, ibu ayah entah ke mana masing-masing lari menyelamatkan diri ke tempat paling tinggi. Bumi Aceh menjadi padang jarak padang tekukur dalam sekelip mata, kosong dan lenggang dengan rumah-rumah & bangunan, sunyi sepi tanpa suara kanak-kanak, tiada lagi renggekan anak-anak kecil, yang ada hanyalah tangisan kesedihan dan doa2 manusia yang terselamat. YA ALLAH, dugaan apa ini!! Tersentuh hati kecilku bila berbicara tentang tsunami.


Selaku rakyat Malaysia 4tahun lebih adalah tempoh yang panjang dan agak lama, mungkin sudah seperti dulu, banyak bangunan yang telah dibina dan tidak ada apa2 kesan lagi, tapi ternyata fikiranku jauh meleset. Apabila tiba di sini macam semalam berlakunya tragedi yang tak diingini itu. Bangunan fakultasku masih tersisa retakan lantai dan serpihan dinding masih tampak kelihatan akibat pukulan ombak yang kuat dan air laut yang singgah di daratan. Air sumor juga tidak pulih sepenuhnya, masih terasa payau air laut yang bercampur segala. Sekali b
erkumur, YA ALLAH, air ni apa ni terasa semacam jer..bermacam-macam tanggapan yang negative yang hinggap di memori, Nauzubillah, menitis air mataku mengingati segala. Aku takut, takut dengan ketentuan Ilahi yang tak mampu ku tanggapi dengan akal sejengkalku ini. Sungguh hebat diriMu Ilahi, KekuasaanMu tak siapa mampu tandingi, ku bersujud padaMu Rabbul‘Alamin. Ku berserah segalanya, jiwa dan ragaku hanya untukMu Rabbul Izzati.


(salah satu masjid yang tak musnah masa tsunami melanda)






(mangsa korban tsunami)


Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Tuhan supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran, setiap yang payah pasti ada kesenangan, setiap kesabaran pasti ada ganjaran..jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita tak siapa boleh menghalang, namun jika tak ditakdirkan untuk kita pasti takkan dapat walaupun dalam genggaman. Begitulah kehidupan kita di muka bumi selaku khalifatullah. Setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah yang hendak disampaikan tidak mengira dalam bentuk apa sekalipun yang penting macam mana penerimaan kita. Tarbiah Allah untuk hambaNya datang tak diduga dalam bentuk yang tak disangka, yang pasti ianya membawa bahagia bagi hambaNya yang bersabar dan redha dengan ketentuanNya. Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali وإلى الله ترجع الأمور .


Sesekali berbisik juga hati ini, bagaimana keadaan sebelum tsunami?? Terasa ingin tahu,kedatanganku selepas tsunami, jadi tak tahuu laa keadaan sebelumnya.. kenapa terjadinya tsunami?? Apakah peringatan yang Allah nk sampaikan pada rakyat Aceh ini sekaligus menjadi peringatan buat kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia. Bak kata pepatah “Cubit Paha Kanan, Paha Kiri terasa Juga” المؤمن للمؤمن كالبنيان يشدّه بعضا على بعض . Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri..إنّ الله لا يغير ما بقوم حتى يغيّرما
بأنفسهم. . Apa yer yang berlaku sebelum tsunami?? Apa yang berlaku pada umat Islam?? Sediihnyaa, diri ini tak tahuu apa pun. Selepas tsunami baru tersedar dari lamunan, Negara Indonesia dekat je dengan Malaysia masakan tak tahuuu apa2 yang terjadi..aduuh..malunyeee pada diri sendiri. Bila dengar berita yang berkaitan orang Islam dan agama sendiri perasaan ingin tahu tu mendalam sangat. Tapi, tu laaa.. manusia ni serba kekurangan. Berderau darah bila Islam ditindas, Sedih bila azab melanda umat Islam, tapi apa yang mampu kita lakukan untuk Islam??? Pejuang Islam berani mati kerana agama, tapi kita??? Apa peranan kita?? 


Apabila kita berada di bumi yang dulunya pernah terjadi sesuatu, dengan sendirinya kita merasa dekat sangat dengan Allah, selalu berdoa untuk menolak sesuatu bala dan azab. Apabila kita berada dibumi yang aman dan makmur, cukup dengan segala kekayaan dan kemewahan membuatkan diri kita selalu alpa, lalai dan lupa kepada yang Maha Esa. Barulah terfikir di benak ini kenapa para anbia’, ulama’, ilmuan Islam dan para cendikiawan zaman dulu zuhud, wara’, tawadhu’ serba dalam kedhaifan. Rupa-rupanya tu rahsianyee..خير الأمور أوسطها, tpi manusia ni tak pernah cukup dengan apa yang ada. Ingatlah dalam kehidupan kita pun ada hak orang lain yang harus kita laksanakan dan sempurnakan.


Semakin banyak menulis semakin ke lain jadinya..hehehehe..cukuplah setakat ni, untuk hari ni..ada peluang ada masa kesempatan, bersambung lagi catatan ini..dari cerita tsunami beralih ke cerita lain…alangkah indahnya hidup ini andai dapat mendalami sesuatu perkara tu sedalam-dalamnyaa..dapatlah kita amalkan dalam kehidupan ini agar tidak lalai dan alpa dalam menjalani kehidupan ni..tak salah jadi kaya tak salah jadi mewah, yang penting pandai mengendalikan harta. Jangan tersalah langkah, jangan kekayaan mengaburi mata, kemewahan menutupi segalanya.


وإلى ذالك الحين أستودعكم الله, وأستغفرالله لي ولكم..ألسلام عليكم ورحمة الله وبركاته...


P/S: dah lama artikel ini tertulis, banyak perktaan yang telah dihazafkan bersesuaian dengan keadaan dan masa..hehehee..sy budak baru belajar kalau salah tolong ajarkan..tunjuk ajarku sifu...:-)

No comments:

Post a Comment