ramainya penduduk tinggal di
Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau melihat seorang wanita cantik.
Melihat wanita cantik itu. Hasan berjalan mengikutinya. Wanita itu menoleh,sambil berkata kepadanya: “Apakah engkau tidak malu?”
Jawab Hasan: ”Malu pada siapa?” Wanita itu berkata. “Malu kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam hati.”
Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak
sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya, akhirnya ia terus mengikuti di
belakang wanita itu.
Wanita itu berkata lagi kepadanya: “Mengapa engkau mengikuti aku?”
Jawab
Wanita itu
kehendaki.”
Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh
Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita cantik itu
kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan.
Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu ada di
dalamnya.
Melihat hal sedemikian, maka pelayan terbabit berkata. “Sungguh
tuan puteri berkata: “Aku tidak ingin mata yang memuatkan fitnah dan
mempesonakan orang.”
Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia
gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata
kepada dirinya: ”Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu
terhadap wanita cantik itu.”
Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan
meminta maaf segala kesalahannya.
Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara
yang berlaku.
Dikatakan bahawa pemilik rumah itu meninggal. Hasan kembali ke rumahnya dan
Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya. “Hai wanita yang cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku.”
Jawab wanita itu. “Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau.”
Hasan berkata, “Berikanlah kepadaku akan nasihatmu.”
“Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya.” kata wanita berkenaan.
Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan hingga dia menjadi orang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhud dan taatnya kepada Allah.
Akhirnya, dia pun memperoleh darjat tinggi dan mulia serta menjadi seorang wali dan kekasih Allah.
No comments:
Post a Comment