Sunday, May 31, 2009

Exam ooo exam..





Exam dah tak lama lagi, hampir 3 minggu je dah nak exam.. aku masih lagi begini..Malas sangat2, ubat apalah penyakit malas niii..Sekali sekala rajin tu ada juga bertandang tapi kemalasan tu jua yang menjuarai,..Apalah nasib diriku ini..tak mampu nk lawan kemalasan..Pelik juga laa kan semua penyakit ada ubat, bak kata orang arab كل داء الدواء tapi penyakit malas nii takde ubat laa plak,,Dah laa tu, penyakit ni penyakit turun menurun sejak zaman berzaman. Susah betul nk buang penyakit nii, lagi payah bila ianya sudah sebati dalam diri. Sape2 yang belum dijangkiti penyakit malas nii, jangan dekati bak kata orang الوقاية خير من العلاج .


Semakin dekat dengan exam semakin kangen bangat sama keluarga di kampung, tu laa yang jadi sumber motivasi diri.. Semakin semangat diriku melangkah, terasa ada kekuatan. Terus ku capai buku untuk dibaca, belek je helaian yang pertama terpampang muka ibu dan ayah, belek lagi helaian yang kedua muka adik2 plak yang terlihat..ya Allah, ku lihat photo album rupanya patutlah semuanya gambar2..hehehe..ingatkn terlalu rindukan diaorang semua buku terlihat wajah ahli keluarga..tapi takpe lah sekurang-kurangnya semangat untukku meneruskan perjuangan di sini masih ada, ada sinar yang tersembunyi di sebalik wajah2 keluarga tercinta..tapi “Harta dan keluarga hanya pinjaman, suatu hari akan dikembalikan”, tu laa hakikat dunia realiti yang sementara ini.:’(

Oleh itu, “ Tanamlah di setiap detik dengan bertasbih, Tanamlah di setiap minitmu dengan berzikir, & Tanamlah di setiap jammu dengan perbuatan bermanfaat” semoga beroleh ketenangan Qalbu yang sejati. Hanya pada Rabbi ‘Alamin ku berserah segalanya..


Kadang-kadang niat hatiku tersasar arah, tiada matlamat yang nyata, cepat2 ku beristighfar, mudah2an Allah tetapkan hatiku ke jalan kebenaran, ku mahu raih redha Ilahi. يا مقلّب القلوب ثبّث قلبي على دينك Ku mahu menabur bakti pada kedua ibu bapa, ku mahu jadi kakak yang mithali, nak jadi untie@خالة yang baik dan yang paling penting ku ingin menjadi insan yang dapat memberi manfaat pada orang lain, dalam hidup kita ada hak orang lain yang harus kita tunaikan. “jangan pernah menyerah…hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya.”
---laskar pelangi,2009---


Semoga semuanya terpenuhi berbekalkan ilmu yang sedikit ini.

"من اراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم ومن أرادهما فعليه بالعلم"



Saturday, May 30, 2009

Insan


Insan...
Bertaubatlah sebelum malang menimpa
Itulah yang selalu bergema
Namun perkataan ini hanya
Diingati untuk seketika sahaja


Insan
...
Mengapa harus diri dibinasa
Oleh syaitan dan iblis durjana
Melakukan perkara tak sepatutnya

Tanpa mengenal dosa pahala



Ketahuilah wahai insan...

Hidup bukan untuk selama-lamanya
Hidup hanya sementara saja
Yang kekal hanya Tuhan yang Esa
Pemilik segala yang ada di dunia.

Friday, May 29, 2009

Nukilan di Hari Ini



Hari ini mendung je, sesekali terasa titisan manik-manik kecil yang hinggap di tudung dan muka, disangkakan akan hujan turun dengan lebat maklum je laa awan kelihatan sedikit muram tidak seperti biasa, tapi syukurlah reality tidak seperti sangkaan. Dapat juga aku melangkah kaki ke kuliah seperti biasa.

Bermula pengkuliahan pagi dengan “midterm” seperti yang dijanjikan pak dosen madah Ilmu Ikhtilaf Al-Hadits. Tengok soalan pun dah pening, tak jawab soalan lagi, kalau dah jawab lagi pening, jawapan pun berpusing-pusing..HeHeHe..aku main hentam je. Maklum sajalah tempoh yang diberikan untuk membaca, mengulangkaji disia-siakan begitu saja. Macam roti gardenia tu “sungguh enak dimakan begitu saja”..:-)

Tak terasa bila masa yang berlalu dengan perbuatan sia-sia, apabila ada kesempitan waktu, kesusahan dan kerumitan, barulah terasa betapa pentingnya waktu, betapa berharganya masa, begitu bernilainya setiap detik saat yang berlalu. Andai mampu ku undurkan putaran dunia akan ku ubah semua. Tapi itu hanya angan-angan Mat Jenin takkn tercapai sampai bila-bila.

Lepas “midterm” ada laa plak perbincangan hangat bangat. Perbincangan mengenai KPM (Kuliah Pengabdian Masyarakat) yang akan diawalkan. Kalau diikutkan KPM tu lepas raya, tapi skrg lepas je final exam, dijangkakan akan terus berlangsungnya KPM tu, tapi yang jadi masalahnya ada yang setuju dan ada yang tidak. Masing-masing ada alasan dan keputusan yang telah dibuat. Ramai dikalangan Mahasiswi yang telah membeli tiket untuk pulang ke Malaysia, rumit juga membuat keputusan mcm nii. Nak tak join takut nanti ketinggalan dengan kelompok pelajar Malaysia, kalau join terpaksa burn tiket. Ada di antara mahasiswi 2 kali dah kena burn tiket, tpi tu laa pengorbanan dari segi harta benda. Apa boleh buat, nk tak nk terpaksa kena buat keputusan.

Lagi memeningkan kepala apabila diberi peluang untuk membuat pilihan. Hidup kita ni takkan terlepas dari membuat pilihan di antara 2 persimpangan. Lebih menyulitkan apabila kedua-dua pilihan itu penting, betapa sukar untuk membuat pilihan yang tepat. Tawakkal sajalah yang mampu dilakukan setelah difikirkan berulang-ulang, dan itulah yang dirasakan terbaik untuk diri dan orang lain. Apabila kita berusaha dan berdoa, berserah dan bertawakallah kepada-Nya. Hanya kepada Allah tempat kembalinya semua perkara وإلى الله ترجع الأمور .

"Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya lah aku kembali"
(QS, Hud [11]:88)

Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa, jadi tepuk dada tanya iman akan terjawab semua persoalan. Semoga segala-galanya akan berubah setelah difikirkan sebab dan akibatnya. Bukan mudah untuk membuat pilihan, bukan senang nak jangkau masa hadapan. Kepada teman-teman fikirlah yang sebaiknya, jangan hanya kerana paksaan, buatlah sesuatu itu atas kerelaan dan keredhaan. Buatlah keputusan jika itulah yang dirasakan terbaik, semoga dapat merasai kemanisan pengorbanan. insyaAllah..:-)




kami bertawakkal kepada Sang Maha Penyayang dan kami Menyaksikan kemenangan telah diperoleh orang-orang yang bertawakkal.

Thursday, May 28, 2009

Dosa Tanpa Taubat Hati Akan Hitam


HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.


Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: “Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.

Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.

Allah berfirman yang bermaksud “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.

“Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 74).

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah.

Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.

Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.

Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut:

Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar, ayat 22).

Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra'd, ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

Tuesday, May 26, 2009

Pemuda Impian

Pemuda dan masa muda merupakan tahapan hidup dan kehidupan manusia yang penuh vitalitas. Aktif, reaktif, kreatif, sekaligus idealis. Ketika penindasan sedang terjadi dalam suatu masyarakat dan bangsa, para pemuda tampil melakukan perlawanan. Ketika kebekuan sedang melanda kehidupan masyarakat, para pemuda muncul melakukan pendobrakan. Ketika terjadi pengerusakan terhadap nilai-nilai kehidupan, para pemuda tampil memberantas nya. Dan ketika kebencian kepada para Nabi, Utusan Allah melanda suatu kaum, para pemuda tampil menjadi pembela yang gigih, sekaligus menjadi pengikut-pengikut setia para Nabi. Itulah beberapa karakter kehidupan pemuda yang terukir indah kalam khasanah sejarah umat manusia. Pemuda-pemuda pilihan yang namanya telah diabadikan alam pentas kehidupan manusia sejak dahulu kala

1. Pembela Kebenaran


Dalam catatan secara di dunia, terungkap dengan jelas tatkala Nabi Musa mengajak kaumnya untuk menyembah Allah swt, maka hanya para pemuda sajalah yang mau mengikutinya. Sedang lapisan masyarakat lainnya menolak tegas. Mereka takut pada ancaman dan siksaan penguasa. Allah swt, telah memberitahukan sikap positif para pemuda itu dalam Al-Quran surat Yunus 83, sbb:

Maka tidak ada yang beriman kepada Musa, melainkan pemuda-pemuda dari kaumnya (Musa) dalam keadaan takut bahwa Fir`aun dan pemuka-pemuka kaumnya akan menyiksa mereka. Sesungguhnya Fir`aun itu berbuat sewenang-wenang di muka bumi. Dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang melampaui batas. (QS. Yunus 83)


Hal serupa terjadi pada tahun-tahun permulaan Rasulullah menyampaikan Risalah Islamiyah kepada ummat manusia, para pemuda lah yang lebih dulu menyambutnya dengan sepenuh hati. Mereka adalah Umar bin Khattab, Sa’ad bin Abi Waqash, Mu’adz bin Jabal, Abdullah bin Mash’ud, Thalhah bin Ubaidillah, Zubail bin Awwam, Ali bin Abi Thalib, dan lain-lain yang umurnya kala itu rata-rata belum 20 tahun.
Sedangkan Abu Bakar Ash-Shiddiq yang namanya menjadi buah bibir orang di masa itu, dan yang telah mengantarkan para pemuda itu memeluk Islam, usianya belum sampai 40 tahun.

2. Penghancur Kebatilan


Sebaliknya, para pemuda juga menjadi orang-orang pertama penghancur kebatilan. Ketika Raja Namrud memerintah secara kejam dan masyarakat menyembah patung-patung, maka pemuda Ibrahim tampil secara heroik menentang kekuasaan raja dan menghancurkan patung-patung sesembahan mereka..

Mereka berkata: “Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala, namanya Ibrahim”. (QS. Al-Anbiya 40)


Kemudian dalam kurun waktu yang berbeda, ketika kebatilan teramat kuat merasuki kehidupan masyarakat, suku dan bangsa lantaran dukungan penuh dari kalangan militer, birokrat, dan penguasa, para pemuda pilihan maju pantang mundur. Bahkan mereka menolak tawaran perdamaian dari para penguasa. Mereka menolak kompromi antara kebatilan dan kebenaran. Bagi mereka, antara keduanya tidak bisa disatukan. Bentuk dan sifat keduanya (kebatilan dan kebenaran) berbeda secara diametral. Jika tetap dipaksa mereka lebih suka memilih berlepas diri, dari pada hidup bersama kebatilan. Itulah sikap para pemuda Ashabul Kahfi, yang perjalanan hidupnya diabadikan secara indah dalam Al-Quran.


Mereka mengembara untuk menghindarkan diri dari kebatilan, sampai suatu gua mereka masuk dan beristirahat dengan tenang. Padahal di luar, penguasa terus memburuknya. Di dalam gua itu, mereka tidur pulas berhari-hari lamanya, bahkan bertahun-tahun dan berabad-abad, tanpa haus, lapar, maupun lelah. Mereka tidur panjang, melampaui zamannya, selama309 tahun (lihat QS Al-Kahfi 25). Sungguh ajaib!
Meski demikian, sewaktu Allah membangunkan mereka, mereka merasa seperti baru tidur sebentar saja, sebab semua yang ada di sekitarnya termasuk pakaian yang melekat di badannya masih utuh, tak kurang sedikit pun juga. Bahkan anjing yang setia menyertainya, tertidur juga. Dan ketika bangun anjing itu tetap menyalak, sehat tak kurang suatu apapun.

Itulah pertolongan Allah yang diberikan kepada para pemuda yang gigih melawan kebatilan. Mereka diberi petunjuk dan kekuatan oleh Allah sehingga memperoleh kejayaan (lihat QS Al-Kahfi 13-14)

3. Menjaga Kehormatan Dirinya

Pemuda yang namanya terukir indah, dan akan tetap dikenang sepanjang masa, adalah seorang pemuda yang berhasil memanfaatkan masa mudanya dengan sebaik-baiknya. Ia bukan hanya menjadi pembela bagi orang yang tertindas, dan tampil ke gelanggang menghancurkan segala bentuk kebatilan dan kemungkaran, namun juga memiliki kepribadian yang utuh dan kuat, tidak bersifat munafiq, dan tidak tergoda oleh segala bujuk rayu syaitan.


Itulah watak pemuda pilihan seperti Nabi Yusuf as, yang namanya menjadi perlambang ketampanan, kegagahan dan kebagusan di seantero jagad. Meskipun ia menjadi incaran bagi para gadis dan wanita cantik, dan berulang kali dibujuk dan dipaksa untuk berbuat maksiat serta memiliki banyak kesempatan, namun ia tetap menolak melakukan zina. Ia lebih rela dijebloskan ke penjara, karena tidak mau melayani nafsu seorang istri pejabat tinggi yang cantik, muda, kaya, dan terhormat, daripada harus melanggar aturan Allah.

Dengan jujur Yusuf as berkata:
Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh." (QS. Yusuf 33)

4. Berilmu dan Berwawasan Luas


Pemuda pilihan juga pemuda yang memiliki ilmu dan wawasan yang luas, seperti yang diperlihatkan oleh Ali bin Abi Thalib. Sejak masih kanak-kanak ia memang tekun menuntut ilmu dan membaca berbagai fenomena masyarakat. Ketika tumbuh menjadi pemuda, ilmu dan wawasan nya bertambah banyak, melebihi orang-orang yang seusianya.

Beberapa Sahabat Senior tidak jarang menanyakan sesuatu masalah kepadanya, dan dijawab dengan tuntas. Ia menjadi gudang ilmu, sepeninggal Rasulullah saw. Dan dengan bijaksana ia berkata,
“Tiap wadah (tempat) menjadi sempit dengan barang yang dimasukkan ke dalamnya, kecuali tempat ilmu, maka ia akan bertambah luas.” (dikutip dalam kitab Abqariyyatul al Imam Ali yang ditulis oleh Abbas Mahmoud al Aqqad).


Pernyataan itu benar. Ketika berbagai persoalan yang juga mengantar terjadinya berbagai kemelut di masyarakat dan pemerintahan, ia mampu menghadapinya dengan memberikan berbagai pandangan yang luas. Pemuda pilihan memang harus memiliki ilmu dan wawasan yang luas. Terlebih pada zaman sekarang ini dimana ilmu manusia sudah sangat maju.

5. Berakhlaq Mulia


Pemuda pilihan selain memiliki sikap-sikap positif di atas, juga harus berakhlaq mulia seperti yang terlihat pada diri Muhammad saw, jauh sebelum beliau diangkat menjadi Nabi Utusan Allah. Begitu rupa keindahan akhlaq nya, sampai orang-orang menyebutnya “Al-Amin”, artinya orang yang dapat dipercaya (jujur).


Syaih Shafiyyur Rahman Al Muarakfury, seorang penulis sejarah Nabi, dalam kitabnya yang berjudul “Ar-Rahiqul Makhtum, Bahtsun fis-Sirah an-Babawiyah ‘ala Shahibu Afdalish-Shalati Wassalam”, menulis sbb:
Nabi saw menonjol di tengah kaumnya karena perkataannya yang lemah lembut, akhlaqnya yang utama, sifat-sifatnya yang mulia. Beliau adalah orang yang paling utama kepribadiannya, paling bagus akhlaqnya, paling terhormat dalam pergaulannya dengan para tetangga, paling lemah lembut, paling jujur perkataannya, paling terjaga jiwanya, paling terpuji kebaikannya, paling baik amalnya, paling banyak memenuhi janji, paling bisa dipercaya sehingga orang-orang menjulukinya “Al-Amin”, karena beliau menghimpun semua keadaan yang baik dan sifat-sifat yang diridhai Allah dan manusia.

Wal hasil, beliau adalah ushwah hasanah, contoh teladan yang baik sejak dari kanak-kanak sampai akhir hayatnya. Keluhuran akhlaq sangat diperlukan bagi pemuda, sebab mereka akan menjadi tumpuan hidup bagi keluarganya, masyarakatnya, bangsa, dan negaranya, serta umat manusia pada umumnya. Di bagian lain, keluhuran akhlaq diperlukan bagi pemuda lantaran jasad mereka sedang mengalami proses pertumbuhan . Jika dalam proses pertumbuhan itu mereka diisi dengan akhlaq yang baik, maka akan menghantarkan jiwa mereka menjadi baik. Hidupnya menjadi bermakna, hati, pikiran, dan perasaannya bersih, penuh kasih sayang, tidak sombong, selalu berbuat baik kepada orang tua, konsisten kepada kebenaran dan selalu bertaqwa kepada Allah.

Itulah pemuda yang diisyaratkan oleh Allah, dalam Kitab-Nya Al-Quranul Karim, akan mendapat kesejahteraan pada Hari Kebangkitan nanti.

Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali. (QS. Maryam 15)

Di masa Rasulullah, terdapat puluhan ribu pemuda-pemudi lain yang terlibat aktif dalam dakwah menegakkan panji-panji Islam Al-Rayah di masa hidup Rasullullah. Umumnya, mereka adalah pemuda-pemudi, bahkan remaja yang baru meningkat dewasa. Dan tidak sedikit diantara mereka telah berperanan penting di usia mudanya. Usamah bin Zaid, ketika berusia 18 tahun, diangkat Nabi sebagai komandar pasukan Islam ketika menyerbu Syam. Padahal diantara pasukan Islam masih terdapat sahabat-sahabat seperti Abu Bakar, Umar al- Khatab yang lebih tua darinya. begitu juga Abdullah bin Umar.

Jiwa perjuangan Islam telah menguasainya sejak umur 13 tahun. suatu ketika Rasulullah ketika menyiapkan pasukan untuk perang Badar, datang kepada Rasulullah dua remaja Islam, Abdullah ibnu Umar dan Al-Baraq meminta agar diterima sebagai anggota pasukan Islam tetapi Rasulullah menolak kerana mereka masih kanak-kanak. Tahun berikutnya, menjelang perang Uhud, mereka datang sekali lagi kepada Rasulullah untuk tujuan yang sama. Hanya Al-Baraq yang diterima. pada perang Ahzab barulah Ibnu Umar diterima sebagai anggota pasukan Islam (Shahih Bukhari).


Banyak juga dikalangan pemudi yang menjadi teras dalam perjuangan di peringkat awal dakwah Rasulullah SAW seperti Siti Khadijah binti Khuwailid, Siti Aisyah binti Abu Bakar - isteri Nabi Muhammad SAW, Fatimah - adik kepada Umar al - Khattab, Sumaiyah binti Khayyat, dan ramai lagi.


Pemuda-pemudi gagah berani, yang hidupnya semata-mata hanya bagi kejayaan dan kemuliaan Islam dan pemuda-pemudi seperti itulah yang sanggup memikul beban da'wah dan bersedia berkorban menghadapi berbagai ujian dan siksaan dengan penuh kesabaran. Mereka mendapat kebaikan, keampunan dari Allah dan syurga yang tak terkira nikmatnya. Mereka itulah yang disebut sebagai orang-orang muflih (beruntung).

Dulu, (Imam) Syafii telah hafal Al Quran pada usia sekitar 9 tahun dan mulai diminta ijtihadnya pada usia kira-kira 13 tahun., sebelum akhirnya ia menjadi mujtahid, imam madzhab yang terkemuka. Hassan Al Banna mendirikan gerakan Ikhwanul Muslimin pada usia 23 tahun. Usamah bin Zaid pada usia 18 tahun telah memimpin pasukan perang Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Awwam pada usia 8 tahun telah terlibat dalam perjuangan. Kini, apakah yang sedang dilakukan dan dipikirkan oleh remaja berusia 8 hingga 18 tahun dan pemuda-pemudi berusia 23 tahunan ?Remaja dan pemuda-pemudi sekarang lebih banyak aktif untuk memuaskan nafsu remaja semata-mata.

Lihatlah cara berpakaian mereka, cara bergaul, kreativiti dan sejenisnya. Gambaran remaja dan pemuda-pemudi yang tampil di berbagai media, tak ada bezanya antara mereka (yang mengaku Muslim) dengan artis-artis yang jelas menyebarkan kekufuran dan kesesatannya, realiti inilah yang terpampang di depan mata dan telinga kita.
Jelas, dan sangatlah jelas, perlunya kebangkitan umat, khususnya dari kaum mudanya, bila kita semua menginginkan kejayaan Islam kembali. Diperlukan pemuda-pemudi Islam sekualitas para sahabat yang memiliki komitmen tauhid yang lurus, keberanian menegakkkan kebenaran dan keadilan. Ya Ayyuhasy syabab, antumur ruhul jadid fii jasaadil ummat.

wallauhua'alm bissowab

Sunday, May 24, 2009

Usah Kau Simpan Lara Sendiri


Kegelisahan, kedukaan dan airmata adalah bagian sketsa hidup di dunia ini. Tetesan airmata bermuara dari hati yang terselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan, hingga membuat keresahan dan kebimbangan. Kedukaan karena kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan kepedihan yang memenuhi rongga dada, jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta kehidupan, bertanya dimanakah pasangan jiwa berada. Lalu, hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagaikan anak yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.

Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah? Semua itu hadir tanpa disadari sebelumnya hingga tanpa sadar telah menjadi bagian hidup yang tak terpisahkan. Sebuah kewajaran pula bahwa setiap wanita ingin menjadi seorang istri dan ibu yang baik ketimbang menjalani hidup dalam kesendirian. Dengan sentuhan kasih sayang dan belaiannya akan terbentuk jiwa-jiwa yang sholeh dan sholehah. Duhai... betapa mulianya kedudukan seorang wanita, apalagi bila ia seorang wanita beriman yang mampu membina dan menjaga keindahan Islami hingga memenuhi setiap sudut rumahtangganya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala pun telah menciptakan wanita dengan segala keistimewaannya, hamil, melahirkan, menyusui hingga keta'atan dan memenuhi hak-hak suaminya laksana arena jihad fisabilillah. Karena itu, yakinkah batin ini tiada goresan saat melihat pernikahan wanita lain dibawah umurnya? Pernahkah kita menyaksikan kepedihan wanita yang berazam menjaga kehormatan diri hingga ia menemukan pasangan jiwanya? Dapatkah kita menggambarkan perasaannya yang merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain melahirkan anak? Atau, tidakkah kita melihat kilas tatapan sedih mereka ketika melihat aqiqah anak kita?

Letih... sungguh amat letih jiwa dan raga, sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa tanpa tahu kapankah berlabuh.

Ukhti sholehah yang disayang Allah Subhanahu wa Ta'ala... Dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia ini saja, ada dunia fana, pun ada akhirat. Memang, setiap manusia sudah diciptakan berpasangan, namun maksudnya tidak dibatasi hanya dunia fana ini saja. Jadi mungkin saja ada manusia yang jodohnya baru dipertemukan nanti di akhirat. Seseorang yang belum menemukan pasangan jiwanya di dunia fana ini, insya Allah akan dipertemukan di akhirat nanti, selama ia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujian-Nya yang telah menetapkan dirinya sebagai lajang di dunia fana.

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri duhai ukhti, taqarrub-lah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Ia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya curahkanlah kepada Sang Pemilik Hati. Jangan membandingkan diri ini dengan wanita lain, karena Allah Subhanahu wa Ta'ala pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski ia tidak menyadarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam karena tak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa, menangislah karena airmata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini penuh dengan harapan baik kepada Sang Pemilik Jiwa, dan kesiapan menghadapi putaran waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tausyiah-lah selalu batin dengan tarbiyah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam keheningan. Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh itu tak akan lari kemana, karena sejak ruh telah menyatu dengan jasad ini, siapa pasangan jiwamu pun telah dituliskan-Nya.

Sabar dan sabarlah ukhti sholehah... Bukankah matahari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya, malam pun masih indah dengan bintang gemintang keperakan, dan kicau bening burung malam selalu riang mencandai sang rembulan. Senyumlah, laksana senyum penuh pesona butir embun yang selalu setia melantunkan tasbih dan tahmid di kala subuh. Hapuslah airmata di pipi, hilangkan lara di hati hingga akan dirimu rasakan tak ada lagi gejolak keresahan, kegamangan atau pun kegelisahan. Terimalah semua sebagai bagian dari perjalanan hidup, hingga dirimu temukan rahasia kehidupan bahwa semua ini adalah tanda kebesaran hati dan jiwa, semoga.

Wallahu alam bi showab,

*IKATLAH ILMU DENGAN MENULISKANNYA*

Friday, May 22, 2009

Selalu berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala



Rasulullah shallallhu ‘Alaihi wa Sallam pada perang Badar selalu beribadah di tengah malam. Beliau berdoa dengan sangat khusyu’nya kepada Allah, sampai-sampai burdah terjatuh dari pundaknya. Abu Bakar berkata beliau, “Wahai Rasulullah, bukankah Allah pasti akan mengabulkan doamu”.


Akan tetapi Rasulullah sangat mengenal Allah dan beliau adalah mengetahui bahwa orang yang paling dekat dengan Allah adalah mereka yang sangat giat dalam berdoa. Dan Allah sangat menyukai hamba-Nya yang giat.


Allah akan murka jika engkau meninggalkan berdoa kepada-Nya

Dan bani Adam ketika ia diminta akan marah


Dan Rasulullah berdoa kepada Allah, “Ya Allah, berikanlah kemenangan yang telah Engkau janjikan, Ya Allah jika Engkau membinasakan kami, nescaya tidak akan ada lagi yang menyembah-Mu di muka bumi ini” (HR. Muslim)


Maka Allah pun memberikan kemenangan bagi umat Islam,sebagaimana firman-Nya, “(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenan-Nya bagimu” (QS, Al-Anfaal [8]: 9)


Beliau juga sebelum berperang pernah membaca doa, “Ya Allah, Tuhan yang menjalankan Awan, Pemberi pertolongan, dan Tuhan yang menurunkan Al-Quran, berikanlah kemenangan kepada kami”, (HR. Muslim)


Allah juga menyebut di dalam firman-Nya tentang wali-wali-Nya di dalam peperangan:


Tidak ada doa mereka selain ucapan: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”. (QS. Ali ‘Imran [3]:147).


Maka umat sesungguhnya sangat membutuhkan kepada doa khususnya ketika umat Islam berada di dalam alam kegelapan dan kesusahan.


Doa merupakan senjata umat Islam yang lebih tajam dri mata pedang. Hanya pada Allah tempat pengaduan yang terbaik, jangan dipendamkan sesuatu masalah itu kecuali meluahkan. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya seperti juga setiap penyakit ada ubatnya كل داء الدواء kecuali penyakit mati dan tua. Jangan biarkan masalah menguasai diri, biarlah kita yang menguasai masalh itu. Menurut Hamka : "Tanda cerdik seseorang adalah pada ucapannya Tanda berani seseorang adalah pada tindakannya Tanda bijak seseorang adalah pada keterampilannya Tanda mulia seseorang adalah pada keperibadiannya. "

Bila Rindu Berbicara..


Tiada kata mampu ku ungkapkan

Tiada bahasa untuk ku berbicara
Kerana rinduku terlalu mendalam
Tak mampu diluahkan dengan perkataan


Tak siapa mengerti akan kerinduan ini

Kerana satu kewajiban harus ku berjauhan

Mengorak langkah berbekal semangat

Itu yang masih ku genggam erat

Andai tersasar laluan

Hanya padaMu aku berserah

Ingatan ku masih diawagan

Wajahmu terbayang-bayang


Tiap2 kata yang dituturkn olehmu

Masih segar di memori ingatan

Aku memerlukan kekuatan untuk melangkah

Aku redha dan pasrah dengan ketentuan Tuhan


Ayahanda Bonda..

Aku rindukan kalian
Tawa riang adik2ku juga

Aku perlukan kalian..

Aku sayangkan kalian..

Aku rindukan kalian..

Kerana kalian aku mengenal dunia..
mengajar ku erti kehidupan..

Wednesday, May 20, 2009

Berkorban Itu Indah



Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

”Apa khabar daun hijau,” katanya.

Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang

”Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?” tanya daun hijau.

”Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?” kata ulat kecil.

"Tentu.. tentu.. dekatlah kemari.” Daun hijau berfikir,

“Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah.” Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau.

Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar. Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.


Moral: Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama? Nah… akhirnya semua yang ada akan “mati” bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.

Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita.

Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati. Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara. Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan. Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi ¢daun hijau¢ yang senang memberi.

disunting dari:

Cakap².com :: UMUM :: Renungan & Motivasi

Tuesday, May 19, 2009

Sifat Sang Penakut



Sifat pengecut adalah suatu penyakit besar yang akan semakin berkuasa dalam diri seseorang apabila ia selalu dibisik-bisiki dan selalu merasa takut dalam alam pikirannya. Dan seseorang akan menjadi semakin pengecut apabila imannya kurang.


Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengatakan di dalam firman-Nya tentang orang-orang munafik,

mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. (QS, al-Munafiqun [63] : 4)

mereka sangat ketakutan apabila pintu bergerak dengan sendirinya, mereka menggigil ketakutan apabila mendengar suara langkah-langkah kaki. Orang-orang pengecut itu lebih takut kepada manusia daripada Sang Pencipta manusia. Demi Allah, seandainya saja semua orang takut kepada Allah seperti mereka takut kepada sesama manusia, nescaya kehidupan mereka di dunia dan akhirat kelak akan beruntung.

Dan keberanian yang paling besar itu adalah takut kepada Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agong.

Dan orang-orang yang takut kepada Allah adalah orang-orang yang paling pemberani, dan mereka selalu melaksanakan perintah-perintah dari Allah serta menjauhi segala larang-Nya.

Bukankah yang dinamakan pemberani, orang yang bisa mengalahkan musuhnya di pertempuran ketika peperangan meletus.

Akan tetapi pemberani itu adalah orang yang menolak satu sisi dari yang haram. Maka itulah seorang pahlawan yang ksatria.

Oleh kerana itu, sebagian mengatakan “seseorang tidak akan bisa memenangkan pertempuran sampai ia mampu mengalahkan dirinya sendiri terlebih dahulu, menaklukkan hawa nafsunya, dan menjauhi perbuatan maksiat dan kesalahan-kesalahan.”

Islam sendiri dalam ajarannya berusaha untuk menuntun dan mendidik umatnya agar tidak menjadi umat yang pengecut. Islam sangat mendorong agar umatnya selalu menghormati panji-panji keberanian baik itu dalam medan ilmu maupun dalam medan perang. Hingga diharapkan nantinya umat Islam akan menjadi seperti para sahabat Rasulullah saw.

Keberanian yang sebenar akan terserlah pada diri seseorang seandainya dia memahami dan mengetahui tentang sesuatu hakikat. Takutnya bukan takut sperti orng munafik, kerana semakin dia merasa ketakutan semakin dia mnghampiri. Seorang pejuang Islam takkn lari dr musuh, bahkan semngat yang kuat dan berapi-api apabila bertemu dengan musuh. Begitu juga takutnya kepada Sang Pencipta, semakin dia merasa takut semakin dekat pula dia menghampiri.

P/S: jadilah manusia yang berani kerana Orang Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah berbanding orang mukmin yang lemah. Jangn lemah dek kerana mehnah yang kecil dan sedikit. Ingatlah, para Anbia’ dulu lebih banyak dan lebih dahsyat lagi ujian yang menimpa, tapi segala2nya ditempuhi dengan ketenangan hati tanpa sedikitpun keluhan dan penyesalan. Ambillah I’tibar dr apa yang terjadi. Hadapilah semuanya dengan berani.



Monday, May 18, 2009

Nasihat wanita cantik sedarkan Hasan Basri



HASAN BASRI pada zaman mudanya, kelihatan bagus dan tampan, lebih-lebih apabila memakai pakaian mahal. Beliau sering berjalan-jalan sekeliling kampung di kota Basrah kerana sangat senang berdasarkan keindahan dan

ramainya penduduk tinggal di kota itu.


Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau melihat seorang wanita cantik.

Melihat wanita cantik itu. Hasan berjalan mengikutinya. Wanita itu menoleh,sambil berkata kepadanya: “Apakah engkau tidak malu?”

Jawab Hasan: ”Malu pada siapa?” Wanita itu berkata. “Malu kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam hati.”


Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak

sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya, akhirnya ia terus mengikuti di

belakang wanita itu.


Wanita itu berkata lagi kepadanya: “Mengapa engkau mengikuti aku?”


Jawab Hasan: “Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu.”


Wanita itu berkata: “Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang engkau

kehendaki.”


Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.

Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita cantik itu

kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan.

Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu ada di

dalamnya.


Melihat hal sedemikian, maka pelayan terbabit berkata. “Sungguh

tuan puteri berkata: “Aku tidak ingin mata yang memuatkan fitnah dan

mempesonakan orang.”


Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia

gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata

kepada dirinya: ”Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu

terhadap wanita cantik itu.”


Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan menangis semalaman. Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk

meminta maaf segala kesalahannya.


Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara tangisani wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa

yang berlaku.


Dikatakan bahawa pemilik rumah itu meninggal. Hasan kembali ke rumahnya dan menangis selama tiga hari. Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang berada di dalam syurga.


Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya. “Hai wanita yang cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku.”


Jawab wanita itu. “Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau.”


Hasan berkata, “Berikanlah kepadaku akan nasihatmu.”


“Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya.” kata wanita berkenaan.


Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan hingga dia menjadi orang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhud dan taatnya kepada Allah.


Akhirnya, dia pun memperoleh darjat tinggi dan mulia serta menjadi seorang wali dan kekasih Allah.

Sunday, May 17, 2009

AWEXKU SAYANG…

Saya suka sgt tengok jari-jemari awek saya...
Cantik betul…
Sungguh! Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah tau...
Tapi takut nanti jari-jemari kitorang tak boleh tolong each
other di satu hari yang giler forever depan Yang Maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betul...
Sungguh! Sebab tu saya belikan dia tudung...
Hmm, bukan sebab jeles orang lain tgk plak tau....
Tapi, sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia tu sampai bila2...
Takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang giler forever...

Saya suka tgk body awek saya...
Solid betol...
Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekung
Supaya mase die 'dating' dgn Kekasih die Yang Utama,
dia jaaauh lg cantik dan berseri menghadapNya.
Saya pun tumpang dapat pahala…
Peerghh!, Syoknye...

Saya sedih sgt bile tengok awek saya tak tido, tak makan, sbb rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak, ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?...
Saya pun bagi die al-Quran untuk penenang jiwa...
Semoga dia lebih cintakanNya drpd saya...

Saya sedih tengok awek saya selalu pesan macam2 kat saya…
"makan, minum, jaga diri, drive elok2 tau.. nanti awak sakit saye susah hati... bla bla bla bla"
katenya..
Tapi bila tengok movie sama2, burn asar maghrib gitu aje, die tak kata satu aper pun.. Hai...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya, saya memang saayang sgt kt dia…
Nak jumper die, bersama dia, giler forever…
Yang ever punye forever…
Di dunia dan akhirat terutamanya, janji nak share heaven sama2…
Kekal bahagia, Selamanya...

Semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah, ampunkanlah kami…
Semoga kami dapat kekal bersama selamanya, di syurga nanti...


P/S: sama2lah kita menginsafi diri hanya Allah yang Maha Mengetahui ats segalanya..jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita tak siapa boleh menghalang, namun jika tak ditakdirkan untuk kita pasti takkan dapat walaupun dalam genggaman.