Friday, January 29, 2010

Jangan mengeluh



Apabila kita kehilangan sesuatu, sesungguhnya masih banyak lagi yang ada pada kita. Jika kita sedihkan sesuatu, masih banyak lagi perkara yang boleh kita gembirakan. Jika kita dihimpit sesuatu, masih banyak lagi ruang yang boleh kita gunakan. Cuma apabila kita menumpukan kepada kekurangan, kita akan nampak kekurangan itu besar.

Jika kita melihat jerawat pada muka kita, dan kita merasakan bahawa jerawat itu menyebabkan muka kita hodoh, nanti kita tidak akan melihat anggota wajah yang lain seolah-olah muka kita adalah jerawat. Kita lupa kita ada mata, kita ada hidung, kita ada telinga, rambut dan lain-lain. Bersyukurlah dengan apa yang diberikan kepada kita. Kekurangan yang kita ada bukan untuk ditangisi atau diratapi tetapi cubalah bangkit dengan kekurangan itu, tangkis dan buktikan yang kita mampu seperti orng lain.

Jika kita dihimpit hutang, dan merasakan hutang itu penghujung hidup kita, maka kita tidak akan dikurniakan jalan untuk keluar dari hutang itu kerana kita menumpukan semata-mata pada masalah dan tidak berfikir untuk mencari jalan keluar. Oleh yang demikian jangan bazirkan masa untuk berfikir yang telah lalu, bersangka yang baik dan cari jalan yang baik dan kita akan mendapat jalan keluar.

Dari Abu Hurairah dari Rasullulalah S.A.W bahawa Allah Azza Wa Jalla telah berfirman,
aku berserta sangkaan hambaku denganku, jika dia bersangka baik maka dia mendapatnya, jika dia bersangka buru maka dia akan mendapatnya.

Bangkitlah dan jangan fikirkan kelemahan dan kekurangan menyebabkan kita tak mampu berbuat apa2. Hiasi diri dengan akhlak mulia dan kikis segala sikap negatif dalam diri. kadang2 kita terlalu memikirkan kekurangan hinggakan kita terlupa akan kelebihan yang diberikan kepada kita, ini yang membuatkan kita tidak bersyukur dengan apa yang ada.

Diedit dan dicopy paste Dari Ustaz Amin

Wednesday, January 13, 2010

Salam Tazkziah Dari Kejauhan...


السلام عليكم

Ku hulurkan salam beriring doa kesejahteraan untukmu sahabatku di bumi Aceh.


Pagi semalam ku mendapat berita tentang kematian ayahmu (Ukht. Normala) dari seorang sahabat, tabahkan hatimu menempuhi ujian ini.


Ku dapat rasakan isi hati mu, ku tahu kau sedang bersedih, ku juga mengerti hati seorang insan yang ditinggalkan oleh orang tersayang. Tapi sahabatku, Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan apa yang tidak mampu dia kerjakan atau lakukan.


Ingat tak lagi engkau bahwa Allah telah berfirman dalam Kitab al-Furqan-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 155-157


“dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"[1]. mereka Itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka Itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (surah Al-Baqarah : 155-157)


[1] Artinya: Sesungguhnya Kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah Kami kembali. kalimat ini dinamakan kalimat istirjaa (pernyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa marabahaya baik besar maupun kecil.


Ingatlah sahabatku وإلى الله ترجع الأمور segala-galanya akan kembali kepada Allah.


Salam Takziah dari kejauhan ku ucapkan. Sabarlah dan tabahkan hatimu, hanya itu mampu ku katakan. Aku ingin katakan padamu sahabatku bahwa harta dan keluarga merupakan pinjaman sementara kepada kita, sampai masa dan ketika kita terpaksa kembalikannya kepada Pemilik yang Maha Esa. Redha akan pemergiannya.


Tidak ada yang bernilai dalam dunia untuk si Mati, kecuali dengan 3 perkara yang menjadi penolongnya di alam sana,

1. Ilmu yang Bermanfaat.

2. Sedekah Jariah

3. anak yang soleh dan juga solehah.

Itulah yang menjadi warisan sepanjang dia berada di alam sana.



Oleh itu sahabatku, maka jadilah kamu anak yang solehah yang bisa mengembirakan kedua ibu bapamu semasa dia masih hidup atau sudah tiada, dia pergi meninggalkan kita selamanya. Doamu itu paling berharga dari segunung berlian, doamu itu ubat paling mujarab bagi segala seksa di alam sana, doamu itu paling bernilai bagi seorang ibu dan juga ayah.



Salam takziah sahabatku, bersabarlah dan tabahkan hatimu

.الصبر جميل

Friday, January 8, 2010

Esok ku Pulang Malaysia..(“,)


Selamat Tinggal Aceh untuk seketika waktu, ku pergi jauh meninggalkanmu disini..nanti ku datang lagi untuk kesekian kalinya..

Sebelum pulang banyak perkara yang perlu diuruskan dan diselesaikan, tak sanggup untukku meninggalkan kerja yang terbengkalai tanpa penanggungjawaban. Oleh itu, apa yang sempat ku kerjakan akan ku lakukan bukan kerja orang lain pun kerja diri sendiri juga, so diri sendiri tanggung laa. Tak susah pun teori hidup ni, kalau rajin berusaha tentu dapat hasilnya, kalau malas bekerja hanya menunggu masa maka tunggulah masanya akan tiba.

“Dalam hidup tidak ada kesukaran & kemustahilan selama di sana ada kemahuan untuk berbuat & bergerak”

Petang td sempat juga ku menghabiskan ujian komprehensif yang masih tersisa kerana kemalasan membaca dan mengulangkaji, maka itulah akibatnya, bak kata pujangga arab,
"إجتهد ولا تكسل فالندامة عقبى لمن يتكاسل"

Sekarang syukur Alhmdulillah semuanya telah selamat ku jalani, walaupun memerlukan sedikit kesabaran. Banyak benda yang perlu ditempuhi, kalau bukan kerana kita malas bapak dosen pulak susah ditemui, maklumlaa semuanya sibuk. Tapi jarang kes yang macam tu, kebanyakkannya pelajar sendiri yang malas berusaha. Pendek kata, nak seribu daya, mahu seribu cara. Kalau dah taknk tu macam2 alasan laa yang keluar. Bukan orang lain pun, penulis blog nii laaa…hehehhe :-) bukan senang nak jadi senang, kena tempuhi rintangan dan halangan barulah kesenangan menjadi milik kita.

Pg tadi juga sempat ku bertemu dengan pembimbing 1 skripsi, suka sangat dapat jumpa dengan P. Hisyami (pembimbing 1 skripsi ku) tadi, ada laa juga ilmu tentang penulisan yang dicurahkan kepadaku dan juga kawanku yang satu bimbingan dengannya.

Dia cakap dalam مبادئ الشرح yaitu dasar membahas sesuatu ilmu ada 10 langkah tapi ku terkhayal ke lain jadi 1point aku tertinggal, makanya ada 9 je laa yang aku punya مبادئ الشرح ..hehehe..yang 1 lgi tu cari sendiri laa yer kawan2..

1. Definisi
Setiap apa yang kita ingin bahaskan mesti ada definisi ataupun penjelasan istilah, supaya pembaca senang untuk memahami apa yang hendak dikaji. Sekaligus pembaca dapat mengetahui istilah-istilah pokok dalam suatu perbahasan tu.

2. Maudhu’ = ruanglingkup Pembahasan
Bapak bilang, maudhu’ merupakn payung bagi sesuatu masalah yang hendak dikaji, masukkan apa saja point yang berkaitan dengan tajuk jangan terpesong ke arah lain yang tidak berkaitan dengan tajuk.

Cepat2 laa buang yer kalau ada point2 kecil yang menyeleweng dan tidak berkaitan dengan tajuk utama.

Bapak bilang juga kalau “tajuk” di Aceh ialah sanggulan perempuan yang ada bunga, tergelak kecil kami, jauh sangat beza dengan bahasa Melayu di Malaysia.

3. Kegunaan Pembahasan
Untuk apa suatu ilmu itu dibahaskan. Mesti ada tujuan yang hendak disampaikan, jadi kegunaan pembahasan itu biarlah nyata, dan semoga ianya bermanfaat untuk diri kita sendiri dan juga orang lain. Jangan hanya sekadar memenuhi syarat untuk berwisuda semata-mata. Penambahan je tu, bapak hanya bilang, untuk apa suatu ilmu itu dibahsakan je..:-)

4. Hasil pembahasan
Apakah hasil yang kita dapat darinya, dari sebuah skripsi yang kita kerjakan. Bapak kata macam buah laa..kalau kita tanam buah durian, mesti kita mengharapkan buah durian takkn buah nangka plak yang keluar dari pokok durian, imposible. So, selidik laa skripsi kita tuu, benaih apa yang kita tanam dan hasilnya bagaimana. Selamat bercucuk tanam. :-)

5. Perbandingan dengan Ilmu Lain
Ke kelompok manakah masuknya skripsi kita tuu,, adakah berbau fiqih, ataupun hadis atau apa saja, Cuma penulisnya saja yang mengetahui.

6. Keutamaan atau Kelebihan.
7. Hukum.

8. Masalah
Masalah yang kita kaji hendaklah seiringan sejak dari awal pembahasan hinggalah akhir mestilah masalah yang sama. Kita akan mencari solusi tentang sesuatu masalh itu, di situlah kita akan mereka-reka hipotesis awal dan sekaligus mencari penyelesaian.

9. Penanggungjawaban
Inilah yang dirasakan paling berat untuk ditanggung. Skripsi yang terhasil akan dipertanggungjawabkan oleh si penulis tu sendiri. Maka persidangan adalah waktu khusus bagi penanggungjawaban skripsi, disitulah kejujuran dan ketelitian kita diuji. Sejauh mana kita menghayati dalam setiap gerak kerja kita. jangan kita melakukan plagiat dalm hasil usaha kita dah laa, kerana semuanya akan di nilai kelak.


Tersenyum lebar kami berdua..:-) maklumlaa, dah nk siap skripsi baru diberi petunjuk dan cara-cara, Alhamdulillah sekurang2nya kami masih berpeluang membaikinya..
Syukran Pak, kami perlukan bimbingan darimu selamanya.. :-)

“hidup ini umpama pengiraan matematik, kita tidak tahu apakah jawapan sebenarnya selagi kita tidak sampai ke penghujung pengiraannya”.

Hatiku tersenyum riang sebelum pulang ke Malaysia..(",)

Wednesday, January 6, 2010

Jangan Sombong


Ramai orang yang sombong dengan pangkat, kekayaan, glamour, kelebihan, harta dan sebagainya.

Ingatlah, Barangsiapa yang membuat amalan dengan sombong, Allah akan membuka keaiban dan kekurangan dari amalan tersebut (maksud Hadith Muslim)

Hari ini, kita dipuji oleh orang lain, kita disanjung oleh orang lain, kita di puja oleh orang lain bukan kerana kehebatan kita, Kita dipuji oleh orang lain kerana Allah menutup keaiban kita. Jika Allah membuka keaiban kita, tidak ada lagi kemuliaan di sisi manusia.


oleh itu, jangan sombong dengan apa yang kita ada. Tawadhuklah, kerana orang yang tawadhuk kerana Allah akan diangkat darjatnya di mata manusia (maksud hadith at-Tarmizi)



DiCopy Paste Dari Ustaz Amin

Sunday, January 3, 2010

Ubat hati



Sedar atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, lantaran takut pangkatnya hilang.

Inilah manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung, kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.

1. Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah.

2. Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan.

3. Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal.

4. Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa tawadhuk.

5. Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran.

6. Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.

7. Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan kurang.

Demikianlah beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin...

DiCopy Paste dari: Ustaz Amin

Saturday, January 2, 2010

Mari berbahagia dengan Islam


Apakah kita dilarang untuk bergembira. Tidak.. bahkan, jika betul caranya, gembira kita akan menjadi ibadah.

Islam tidak pernah melarang umatnya berhibur, bersolek, mencari harta, bergaul, belajar, berbelanja dan sebagainya. Tetapi apa yang Islam ajar adalah supaya kita melaksanakan semua itu mengikut lunas-lunas agama Islam.

Apa juga yang umat Islam buat ada panduan yang perlu diikut. Ini supaya kehidupan kita lebih selamat dan lebih teratur serta dapat membezakan di antara kehidupan orang Islam dan orang kafir. Dan yang paling penting ialah agar kita mendapat keredhaan Allah.


Islam meraikan perasaan gambira yang ada pada manusia. Manusia boleh gembira. Cuma cara kita gembira perlu kita selaraskan mengikut apa yang telah Islam ajarkan.


Islam merupakan tunjuk ajar untuk kita lebih bahagia. Ini kerana tidak semua kebahagiaan dapat kita kecapi dengan cara yang difikirkan akal.


Berapa ramai orang yang mencari bahagia dengan akal akhirnya menjadi gila dan hilang kebahagiaan. Ada yang membunuh diri, ada yang hilang ketenangan. Kita boleh melihat, berapa ramai penghibur yang tidak terhibur jiwanya. Dia menghiburkan orang lain, diri sendiri pun tidak terhibur.


Oleh yang demikian, tidak rugi kita mengikut agama. Kadang kala ajarannya seolah-oleh berat untuk diamalkan tetapi setelah diamal terasa hikmahnya.

"betulkanlah yang biasa dan biasakanlah yang betul"...

DiCopy Paste dari Ustaz Amin