Friday, May 29, 2009

Nukilan di Hari Ini



Hari ini mendung je, sesekali terasa titisan manik-manik kecil yang hinggap di tudung dan muka, disangkakan akan hujan turun dengan lebat maklum je laa awan kelihatan sedikit muram tidak seperti biasa, tapi syukurlah reality tidak seperti sangkaan. Dapat juga aku melangkah kaki ke kuliah seperti biasa.

Bermula pengkuliahan pagi dengan “midterm” seperti yang dijanjikan pak dosen madah Ilmu Ikhtilaf Al-Hadits. Tengok soalan pun dah pening, tak jawab soalan lagi, kalau dah jawab lagi pening, jawapan pun berpusing-pusing..HeHeHe..aku main hentam je. Maklum sajalah tempoh yang diberikan untuk membaca, mengulangkaji disia-siakan begitu saja. Macam roti gardenia tu “sungguh enak dimakan begitu saja”..:-)

Tak terasa bila masa yang berlalu dengan perbuatan sia-sia, apabila ada kesempitan waktu, kesusahan dan kerumitan, barulah terasa betapa pentingnya waktu, betapa berharganya masa, begitu bernilainya setiap detik saat yang berlalu. Andai mampu ku undurkan putaran dunia akan ku ubah semua. Tapi itu hanya angan-angan Mat Jenin takkn tercapai sampai bila-bila.

Lepas “midterm” ada laa plak perbincangan hangat bangat. Perbincangan mengenai KPM (Kuliah Pengabdian Masyarakat) yang akan diawalkan. Kalau diikutkan KPM tu lepas raya, tapi skrg lepas je final exam, dijangkakan akan terus berlangsungnya KPM tu, tapi yang jadi masalahnya ada yang setuju dan ada yang tidak. Masing-masing ada alasan dan keputusan yang telah dibuat. Ramai dikalangan Mahasiswi yang telah membeli tiket untuk pulang ke Malaysia, rumit juga membuat keputusan mcm nii. Nak tak join takut nanti ketinggalan dengan kelompok pelajar Malaysia, kalau join terpaksa burn tiket. Ada di antara mahasiswi 2 kali dah kena burn tiket, tpi tu laa pengorbanan dari segi harta benda. Apa boleh buat, nk tak nk terpaksa kena buat keputusan.

Lagi memeningkan kepala apabila diberi peluang untuk membuat pilihan. Hidup kita ni takkan terlepas dari membuat pilihan di antara 2 persimpangan. Lebih menyulitkan apabila kedua-dua pilihan itu penting, betapa sukar untuk membuat pilihan yang tepat. Tawakkal sajalah yang mampu dilakukan setelah difikirkan berulang-ulang, dan itulah yang dirasakan terbaik untuk diri dan orang lain. Apabila kita berusaha dan berdoa, berserah dan bertawakallah kepada-Nya. Hanya kepada Allah tempat kembalinya semua perkara وإلى الله ترجع الأمور .

"Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya lah aku kembali"
(QS, Hud [11]:88)

Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa, jadi tepuk dada tanya iman akan terjawab semua persoalan. Semoga segala-galanya akan berubah setelah difikirkan sebab dan akibatnya. Bukan mudah untuk membuat pilihan, bukan senang nak jangkau masa hadapan. Kepada teman-teman fikirlah yang sebaiknya, jangan hanya kerana paksaan, buatlah sesuatu itu atas kerelaan dan keredhaan. Buatlah keputusan jika itulah yang dirasakan terbaik, semoga dapat merasai kemanisan pengorbanan. insyaAllah..:-)




kami bertawakkal kepada Sang Maha Penyayang dan kami Menyaksikan kemenangan telah diperoleh orang-orang yang bertawakkal.

No comments:

Post a Comment