Sunday, May 31, 2009

Exam ooo exam..





Exam dah tak lama lagi, hampir 3 minggu je dah nak exam.. aku masih lagi begini..Malas sangat2, ubat apalah penyakit malas niii..Sekali sekala rajin tu ada juga bertandang tapi kemalasan tu jua yang menjuarai,..Apalah nasib diriku ini..tak mampu nk lawan kemalasan..Pelik juga laa kan semua penyakit ada ubat, bak kata orang arab كل داء الدواء tapi penyakit malas nii takde ubat laa plak,,Dah laa tu, penyakit ni penyakit turun menurun sejak zaman berzaman. Susah betul nk buang penyakit nii, lagi payah bila ianya sudah sebati dalam diri. Sape2 yang belum dijangkiti penyakit malas nii, jangan dekati bak kata orang الوقاية خير من العلاج .


Semakin dekat dengan exam semakin kangen bangat sama keluarga di kampung, tu laa yang jadi sumber motivasi diri.. Semakin semangat diriku melangkah, terasa ada kekuatan. Terus ku capai buku untuk dibaca, belek je helaian yang pertama terpampang muka ibu dan ayah, belek lagi helaian yang kedua muka adik2 plak yang terlihat..ya Allah, ku lihat photo album rupanya patutlah semuanya gambar2..hehehe..ingatkn terlalu rindukan diaorang semua buku terlihat wajah ahli keluarga..tapi takpe lah sekurang-kurangnya semangat untukku meneruskan perjuangan di sini masih ada, ada sinar yang tersembunyi di sebalik wajah2 keluarga tercinta..tapi “Harta dan keluarga hanya pinjaman, suatu hari akan dikembalikan”, tu laa hakikat dunia realiti yang sementara ini.:’(

Oleh itu, “ Tanamlah di setiap detik dengan bertasbih, Tanamlah di setiap minitmu dengan berzikir, & Tanamlah di setiap jammu dengan perbuatan bermanfaat” semoga beroleh ketenangan Qalbu yang sejati. Hanya pada Rabbi ‘Alamin ku berserah segalanya..


Kadang-kadang niat hatiku tersasar arah, tiada matlamat yang nyata, cepat2 ku beristighfar, mudah2an Allah tetapkan hatiku ke jalan kebenaran, ku mahu raih redha Ilahi. يا مقلّب القلوب ثبّث قلبي على دينك Ku mahu menabur bakti pada kedua ibu bapa, ku mahu jadi kakak yang mithali, nak jadi untie@خالة yang baik dan yang paling penting ku ingin menjadi insan yang dapat memberi manfaat pada orang lain, dalam hidup kita ada hak orang lain yang harus kita tunaikan. “jangan pernah menyerah…hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya.”
---laskar pelangi,2009---


Semoga semuanya terpenuhi berbekalkan ilmu yang sedikit ini.

"من اراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم ومن أرادهما فعليه بالعلم"



2 comments:

  1. gudluck 4 xm...
    ni kawan dayah ek???

    ReplyDelete
  2. thanks a lot..mudah2an segala2nya dipersenangkn oleh Allah..يسروا ولا تعسروا ..dayah mn ekk?

    ReplyDelete