Wednesday, May 13, 2009

Gempaq!!!


Pada hr ni kecoh yang tak terhingga sehinggakan banyak pihak yang tidak berpuas ht dengan perlatikkan MB Perak. Sehingga sekarang masih belum ditemui siapakah yang sebenarnya layak menyandang kerusi sebagai MB Perak walaupun sudah membuat pilihan raya kecil bg membuktikan majority rakyat. Namun itu hanya lakaran politik semata2 tanpa ada jalan keluar.

Pg td sempat jg menjengah ke laman berita untuk mendapatkan informasi yang sebenar. Setelah dicari dan dilihat2, syukur alhamdulillah, MB Perak yang sah telah diisytiharkan…….

Nizar diisytihar MB

Oleh Norhashimah Mohd Radzali

norhashimah@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam keputusannya berkata, jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) kerana Mohammad Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam penghakiman yang dibaca secara lisan selama lebih sejam bermula jam 2.30 petang, hakim itu berkata, undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar hanya boleh dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada sidang DUN.

"Dalam kes ini, tidak dapat dipertikaikan fakta bahawa tiada undi tidak percaya dibuat Adun terhadap pemohon (Mohammad Nizar) di persidangan DUN.

sepintas lalu tentang berita MB Perak yang disahkan dan diisytiharkan, untuk keterangan lanjut sila lihat norhashimah@bharian.com.my. Lebih memeranjatkan apabila tak sempat kerusi MB panas ada berita yang menggemparkan…..


Zambry kekal MB, Nizar cabar lagi

May 12, 09 10:00am


Mahkamah Rayuan hari ini

membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.


Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.


Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.


Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

berita selanjutnya sila rujuk:

http://www.malaysiakini.com/news/104090


Pelik memang pelik, takkan undang-undang yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi boleh berubah sekelip mata dan Hanya mampu bertahan untuk seketika sahaja. Percaya atau tidak itulah reality kehidupan. Dimana keadilan yang sebenar??? Siapakah yang layak mejadi MB Perak??? Semuanya hanya mampu bermain di minda.

Petang td jg MB yang sah yang diisytiharkan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) dan exconya pula kosongkan pejabat Andrew Ong & Kuek Sir Kuang Keng…..



Nizar, exconya pula kosongkan pejabat Andrew Ong & Kuek Sir Kuang Keng

| May 12, 09 3:03pm


Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan anggota exconya telah mengosongkan pejabat mereka petang ini.

Sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar dan para exconya mengosongkan pejabat mereka di bangunan SUK di Ipoh pada kira-kira jam 2.30 petang - kira-kira tujuh jam selepas sekali lagi mengambil alih pentadbiran negeri itu semalam.

Sebelum ini, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir meminta Nizar menghormati keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonannya untuk menangguh keputusan mahkamah tinggi semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Selepas mahkamah tinggi membuat keputusan itu semalam, Pakatan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.

Bercakap kepada pemberita di Ipoh, Zambry berkata, beliau menghormati keputusan mahkamah dan mahu meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

Disunting dari Malaysia Kini

www.malaysiakini.com/news/104127


Kita nantikanlah kebenaran yang akan tiba “hanya jauhari yang mengenal manikam.” Yang salah tetap salah yang benar tetap akan muncul kemenangan dan akan terserlah akan kebenarannya. Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui akan sesuatu. Sabarlah rakyat2 Perak, Allah bersama hamba2-Nya yang sabar..الصبر جميل



No comments:

Post a Comment