Bertaubatlah sebelum malang menimpa
Itulah yang selalu bergema
Namun perkataan ini hanya
Diingati untuk seketika sahaja
Insan...
Mengapa harus diri dibinasa
Oleh syaitan dan iblis durjana
Melakukan perkara tak sepatutnya
Tanpa mengenal dosa pahala
Ketahuilah wahai insan...
Hidup bukan untuk selama-lamanya
Hidup hanya sementara saja
Yang kekal hanya Tuhan yang Esa
Pemilik segala yang ada di dunia.
No comments:
Post a Comment