Sunday, May 10, 2009

Surat Adam Untuk Hawa...(",)



Zaman dulu2 asal je jumpa artikel ke apa2 ke, akan terus ku ambil untuk dijadikan koleksi..dulu artikel ini berada dalam memori biru, tapi sekarag aku sudah ada medan untuk ku
mempamerkann sekadar untuk perkongsian semata-mata.

Hawa,
Bukan ku tewas dengan ribut angin alam yang kencang,
Ku ibaratkan diriku helang gagah perkasa di awanan,
Namun andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat..oh..belum lagi patah, ku tidak mampu menongkah ribut modenisasi dan globalisasi mengikut haluanku.

Hawa,
Andai hilang ego lelaki, maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan. Namun tatkala egoku menjadi egoisme, maka di situlah aku perlukan coretan..
Terbang di langit tanpa batasan, sering ku terbabas ke angkasa larangan..Ku harapkan teguran dan kritikkan serta pesanan berpanjangan agar ku tetap terbang di awanan, tapi tafakurku sejenak di pohonan.

Hawa,
Seandainya ku perlukan mata ketiga yang sentiasa mengintropeksi, maka begitulah jua dirimu yang tidak kurang alpanya..Dunia ini, tiada hiburan tanpa kaummu yang menghiburkan.. modenisme kini, tiada hiasan tanpa susuk tubuhmu yang mengiurkan..Ah!! memang kaumku mudah mempercayai pada mata..
Tapi siapakah yang telah hilang perasaan malu sanggup menjadikan dirinya sebagai hidangan enak buat mata, tapi racun pada jiwa….
Seandainya benar kaummu pemalu, mengapa tidak dibaluti tubuhmu dengan helaian sutera yang indah yang telah diharamkan untukku menyarungnya???..
Seandainya malu itu lebih pada kaummu, mengapa tidak ramai kaumku yang kelihatan memakai pakaian menampakkan ketulan badan seperti yang dipakai oleh kaummu di khalayak ramai…?????

Hawa,
Terkadang, tidak kurang di kalanganmu yang amat tinggi malunya, Indah etikanya di khalayak. Sutera kau sarungkan menghijab keindahan susukmu dari mata keranjang kaumku. Tatkala itu, kamu bangga dengan sifat itu. Namun di wajahmu terhijab, hatimu bertelanjang tanpa mahmudah…
Kamu merendahkan orang lain di hadapan orang lain..kamu tidak akan puas seandainya perihal orang lain tidak kamu bicarakan..
Ah, apakah mengumpat dan memfitnah orang adalah satu santapan yang sedap???
Bagaikan memakan daging saudara sendiri, namun sering dibayangi dengan bahasa indah, sekadar menjadi iktibar diri..Walhal hati kecilmu tidakkan puas seandainya aib orang tidak dibicarakan…
Kalau tidak kerana tubuh, kerana lidah pun hancur masyarakatku…

Hawa,
Kerana kau adalah ibu yang mengandung & melahirkan,
Kerana dalam ribaanmu aku dibesarkan,
Kerana kau adalah teman hidup tempat emosiku berbicara,
Kerana kau adalah teman nafsuku yang bergelora,
Kerana kau adalah asset mesyarakat yang mengundang ujian,
Kerana kau ibarat hiasan indah bak intan berlian..


begitu hebat seorang Hawa di mata kaum Adam..

P/S: Bagi kaum HAwa jadilah kesetiaan perisai yang bisa menjadi sayap kiri kaum Adam sampai ke Syurga sana, jangan lemah dan longlai di medan sementara ini..:-)

No comments:

Post a Comment