Sunday, May 10, 2009

Nanggroe Aceh Darussalam

Pada 25/08/2008 hari bersejarah dalam hidup ini kerana pertama kali menjejakkan kaki ke Negara orang setelah tamat diploma di bumi Malaysia. Di sini bermula kehidupan baru yang bergelar mahasiswa S1 di IAIN Ar-Raniry, Nanggroe Aceh Darussalam. Perasaan ini antara percaya atau tidak sama banyak maklum saja laa, first time melangkah kaki ke tempat orang yang jauh dari keluarga dan sanak saudara, yang ada hanyalah teman seperjuangan dan satu matlamat.


Pada mulanya aku datang bersama sekumpulan rombongan yang dulunya dari tempat yang sama melangkah ke destinasi pengajian di Banda Aceh. Setibanya kami di sini kami disambut dengan baik oleh perwakilan pelajar IAIN. Kebetulan pada masa itu, institut pengajian masih sunyi kerana cuti semesta dan proses pengambilan pelajar baru.


Setelah beberapa hari berada di tempat orang, terasa rindu kepada keluarga kian terasa, tapi apakan daya demi mendalami ilmu agama dan mencari segala yang tersurat memang susah dan menyulitkan berbekalkan azimat dan pesanan ayah bonda akan ku teruskan jua perjuangan ini hingga ke akhir. Takkn ku mengundur walaupun selangkah itu janjiku pada keluarga tercinta.


Setelah beberapa minggu di sini, ibadat puasa dijalani seperti biasa tidak ada jauh beza dengan Malaysia. Banyak barang-barang keperluan yang diperlukan untuk meneruskan hidup sebagai anak dagang. Mulalah pengembaraan pertama ke kota, setelah hampir selesai berbelanja kedengaran azan zohor, mahu teruskan berbelanja di takuti tak sempat solat, jadi berhenti seketika dan solat di masjid yang berdekatan iaitu Masjid Baiturrahman, masjid di kota. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang tak musnah semasa tsunami melanda pada 26 Dis. 2004. Pelik memang pelik dan ajaib semua musnah dan hancur tapi rumah Allah swt tetap baik dan elok seperti biasa. Subhanallah.

Setibanya di Masjid Baiturrahman tercari-cari tempat wudhu’, tengok sekumpulan muslimat ambil wudhu’ di tempat terbuka. Terdetik di hati, “hai,takde tempat khusus ker?? Takkan nk berwudhu’ di sini(tempat terbuka)?? Nak buka tudung, sarung lengan, sarung kaki”. Cari punya cari jauh di suatu sudut ada tempat wudhu’ rupanya. Alhamdulillah. Setelah semua berwudhu’ kami naik untuk solat, melangkah dengan kaki kanan masuk masjid semoga terbuka semua pintu kerahmatan untukku. Aku memandang sekeliling mencari tempat solat muslimat, yang di jumpai setiap sudut adalah pintu keluar masuk. Lagi hairan takde tempat khusus rupanya untuk muslimat solat, tak seperti masjid di Malaysia, lagi binggung aku dibuatnya, setiap sudut ada perempuan dan lelaki yang solat. Di sof yang paling depan pun sama, di belakang pun macam tu. Ya ALLAH kat mana nak solat nii??? Nak solat depan kot-kot laa ada lelaki yang solat kat belakang kita. Ya ALLAH bagilah aku jalan penyelesaian, tak sanggup lagi melihat keadaan dalam masjid tu pelik sangat, ada perempuan solat depan ada lelaki yang solat belakang. Tak faham!! Memang tak faham. Mazhab apa ni??? Atau aku yang tak biasa dengan keadaan di tempat orang…berbagai-bagai persoalan bermain di benak fikiran ini, nak taknak terpaksa solat juga masa dah takde nk berpatah untuk solat di rumah jauh. Masa tak mengizinkan, ambil pendekatan yang paling mudah dan selamat iaitu solat di sof yang terakhir, jadi takde laa orang lelaki lain solat di belakang kita..hehehehe..sekali fikir kelakar juga..tapi apakan daya demi satu kewajiban kita kena teruskan juga.


Setelah balik, tiba di kost(rumah sewa) teringat kembali peristiwa tadi. Betul ke tindakan yang dilakukan?? Mazhab apa yang digunakan?? Bermacam-macam persoalan yang timbul, perasaan ingin tahu juga semakin mendalam. Setiap kali ada peluang, soalan tadi di ajukan kepada teman-teman. Tapi mungkin semua kitab tak dibaca dan tak mendalami tentang sof dalam solat semua terdiam membisu tanpa kata. Pelik memang pelik tak masuk dek akal bagi hamba selaku orang Malaysia yang beragama Islam. Persoalan td hanya tinggal soalan tiada jawapan yang khusus dan dalil yang shahih mengenainya. Tapi yang pasti sini sama je dengan Malaysia bermazhab Syafi’e. Kawan ada mengatakan bahawa kebanyakkan Negara di Asia Tenggara adalah bermazhab Syafi’e.


Sesi pengajian bermula, kejanggalan memang terasa. Semua mata memandang dengan pandangan yang serba tak kena kononnya kita pelajar luar Negara, nak tergelak pun ada tapi syukur laa kita mendapat respon yang baik dari segelintir pelajar kat sini. Alhamdulillah. Tapi yang paling memeningkan kepala dan menyerabutkan mata di pusat pengajian yang berlandaskan agama pun ada juga manusia yang duk berdua-duaan. Ermmm.. kalau satu sudut tu ok laa tapi lebih parah bila semua sudut macam tu. Macam sudah menjadi kebiasaan duduk berdua-duan di tempat sunyi dan terbuka tiada yang rasa segan ataupun perasaan malu. Macam ni ke Islam di Aceh??? Mana maruah seorang perempuan?? aku yang tengok ni terasa malu?? Mungkin sudah menjadi kebiasaan orang sini kot..tak thuu laa cmne kat sini, kita pendatang baru ni hanya mampu tengok dan dengar jer. Nak ubah sesuatu memakan masa yang lama maklumlaa kita orang baru kenalah mengenal pasti dulu keadaan sini macam mana. Lepas tu kita mulakanlah strategi kita untuk membantu apa yang patut, ditakuti tersalah langkah jer memulakan sesuatu tanpa usul periksa terlebih dahulu.


Seronok juga belajar di sini pelbagai pengalaman baru dapat ditimba dan dapat mendalami sesuatu ilmu sedalam-dalamnya. Bukan senang nak jadi senang, kena tempuhi semua dugaan, cabaran dan ujian yang ada baru laa kesenangan menjadi milik kita, insyaAllah. Cabaran yang paling sedih ialah beraya di perantauan, aduuuuhh, sedihnyaa nak bliiik..teringat semua kt rumah, sekali fikir semua kat dunia ni tak penting lagi, mek abah,adik-adik,tok adalah segala-galanya. Tapi demi masa depan, akan ku gagahi jua untuk melangkah, ilmu takkn datang sendiri tanpa dicari bak kata pepatah “Yang Bulat Takkan Datang Bergolek, Dan Yang Pipih Takkan Datang Melayang”, so, kenalah berjuang mencari mardhtillah. Pantang maut sebelum ajal. Hehehehe..


Kuliah bermula lagi setelah berlebaran, dalam kekalutan pagi mencari bilik kuliah tiba-tiba di depan mata seorang dosen bersalaman dengan seorang student. Terkejut bangat sih. Bukan saja dosen yang bersalaman dengan student malahan student dengan student pun sama. Pening laaa, semua jurusan agama tapi boleh bersalaman, dia guna dalil ape yer?? Tadi cakap semua bermazhab Syafi’e, kita pun sama kenapa pengamalan kita dan dia berbeza?? Tanya punya tanya anak-anak Indonesia ni, dia mengatakan bahawa, salam dah jadi adat bagi mereka asal jumpa je terus salam tak kira lelaki ataupun perempuan. Tapi kalau pelajar-pelajar lelaki Aceh nk bersalaman dengan kami, kami hanya angkat tangan jer sebagai tanda hormat, kami tak biasa dengan keadaan macam tu lagi plak bercanggah dengan hukum. Terus terang kami nyatakan pada pelajar sini. Mereka menyatakan bahawa bersalaman itu dibolehkan selagi tidak menimbulkan syahwat. Kami dengar jer laa. Dah adat diorang nak buat macam mana.


Merokok pun dah jadi sebagai budaya sini, habis je kelas terus rokok di tangan. Begitu juga sebelum kelas. Boleh di katakan dah jadi trend. Kawasan kampus ni takde beza dengan kawasan lain sama je takde kawasan zon larangan merokok. Macam tak ada peraturan je pusat pengajian ni. Kat sini agama kuat tapi pengamalan tak nampak pun. Kalau bercakap pasal agama semua tahuu kalah kita dari segi ilmu mereka. Tapi "العلم بلا عمل كالشجر بلا الثمر" apa guna ilmu kalau hanya berligar di hujung lidah tanpa pengamalan. Dari segi penutupan aurat dan pergaulan pun amat menyedihkan.


Nak bercerita semua rasanya tak tercerita. Orang cakap "من لا يذوق لم يعرف" hanya setakat tu mampu dicoretkan di sini buat tatapan semua. Seandainya bahasa yang digunakan tidak sesuai ampun maaf di pinta. Harap ianya memberi manfat kepada semua. insyaAllah. Dengan ini saya akhiri kalam saya dengan wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum…wallahua’lam..:-)

No comments:

Post a Comment