Dengar tajuk pun dah kelakar kn??
Bercakap pasal hati besi ni, memanglah rumit mana ada manusia berhati besi.. tapi sebagai perantau yang merantau dan juga pejuang agama haruslah berhati besi jangan hanya pandai menggunakan senjata atau perisai besi je untuk mempertahankan diri tp apabila diuji yang memerlukan kecekalan dan ketabahan diri terus lenyap di makan bumi. Macam ni ke pejuang berani mati kerana Ilahi???. Kita akui kita manusia biasa yang ada naluri takkan dapat lari dari perasaan sebagai insani tapi berjiwalah dengan jiwa pahlawan, berhatilah dengan hati besi yang digunakan sebagai perisai, berani mati kerana Allahu Rabbi.
Bisikan-bisikan luar selalu jelas pada pendengaran, kadang-kadang menyakitkan hati kerana kita terpaksa lari dan bersembunyi tapi jarang sekali dapat menembusi alam fantasi, kita kalah dengan emosi dengan serangan yang bertubi-tubi. Aduuuh, sedihnya siapa kita ini?? Hanya sedikit ujian dan dugaan terus tunduk dengan kejahatan yang tiada henti. Cukuplah, sekadar ini kita menyerah, apa kata kita yang memulakan serangan balas. Kita bukan pendendam bahkan bukan pembenci tapi semangat yang berapi-api bisa membakar diri, ku rela berkorban berani mati demi menegakkan agamaku yang suci. Pejuang berani mati sanggup mengorbankan diri kenapa tidak kita yang mengikuti. Hidup ini hanya pinjaman sementara sebelum mati, apa salahnya kita berbuat kebajikan kepada agama sendiri.
Hati besi nama je keras tapi apabila diketuk berulang kali kemek juga ia akhirnyaa. Ia boleh dilenturkan kembali tapi awas!!! Lenturan yang kedua tak mampu kembali kepada bentuk yang asal. Oleh itu, berhati-hatilah dengan manusia yang berhati besi. Setiap kemekan yang terjadi akan berkekalan abadi sebagai kenangan di sanubari. Biarpun begitu, kehidupan sebagai insani diteruskan seperti biasa tanpa sesiapa pun mengerti tentang hatinya. Biarlah Rabbul Izzati yang menilai setiap gerak gerinya. Hebat
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment