Di sinilah aku bermula...
belajar utk menerima sesuatu kepahitan...
belajar utk menerima sebuah kehilangan...
belajar utk memaafkan sesuatu kesalahan...
belajar utk tidak melukai...belajar utk membuat org gembira...semuanya perlu bermula dengan belajar...kerna tiada manusia yang sempurna tnpa semua kekurangan...menangis itu perlu tapi ia bukan satu keperluan
Sedar tak sedar dan tanpa disedari dah sebulan lebih duk di kampong halaman. Banyak kejadian terjadi boleh dikatakan setiap hari ada je isu terkini, sudah menjadi lumrah kehidupan duniawi ada yang gembira, ada yang menderita, ada yang sedih dan berduka lara ada juga yang bahagia. Semuanya perlukan ketabahan hati, persiapan mental dan fizikal untuk hadapi semua berbekalkan ilmu di dada, keimanan di hati, dan kecekalan di jiwa.
Dah lama tak updated blog..bukan taknak updated tapi masa tak mengizinkan..tak konsisten dgn masa jadi masa seringkali ke hadapan, kita masih terkial-kial di belakang. Hargailah masa, panjang-panjang berceloteh, tu je nak cakap sebenarnya..hehehe...teman-teman kita di Aceh macam mana agaknyee yang bulat semakin bulat ke atau sebaliknyee..Semoga semuanya sihat walafiat dan sentiasa berada di bawah rahmat Ilahi..InsyaAllah..Amien..:-)
Sahabatku,
Skripsi macam mana? Dah bab berapa? Bila nak sidang? Jangan lengah-lengahkan masa lagi, masa terus berlari, kautkan azam majulah kehadapan, extrakan usaha moga-moga tercapai matlamat konvo bulan8. aku di sini sentiasa menunggu kepulangan kalian. Nanti balik jangan lupa bagitahu yer, Koi Pahang aku pekena hang dengan teh tarik and roti canai special punyee..hehehehe..ingatkan yer di saat ku terlupa.
Ore Mache, apa khabar?? Makan banyak sikit biar jadi macam si bulat ambo (jangan terasa yer gurau je) teringat memori di sana selalu menyakat orang je kejenyee..
Nia, Liyana, Mehran, Fitri dan semuanya kalian juga tak dilupakan. Hanya doa mampu ku kirimkan. Semoga dirimu gembira dan bahagia sentiasa. Seandainya suatu hari nanti ada kelapangan waktu dan diizinkan sampailah daku ke sana menziarahi kalian semua. insyaAllah. Jangan lupa kirim khabarmu di sana.
2 hari Sebelum keberangkatan ku ke Malaysia, sudah ada kawan Acehku yang datang untuk mengucapkan selamat pulang.
Nia datang bersama kado2nya, selepas asar dia sampai ke rumah, cantik hadiah tu Nia, Hana ucapkan terima kasih banyak2, Hana takde bagi apa2 untuk Nia cuma keikhlasan dan kejujuran dalam prsahabatan inilah hana hadiahkan untuk Nia, kalau kangen sama Hana tengok aja foto Hana yer, kan udah kasi foto tu, ..:-) walaupun foto tak seperti di alam nyata tapi itulah yang mampu Hana berikan. Semoga Nia suka. Pertemuan yang tak disangka dan tak dirancang hanya bertemu di atas DAMRI (bas), membawa sejuta makna.
Keesokkan harinya plak Mehran datang sambil mengambil form penyerahan skripsi, sedih sebenarnya mahu berpisah dengan semua, tapi itulah realiti yang harus diterima, setiap pertemuan mesti adanya perpisahan, setiap permulaan mesti ada pengakhirnya, begitu juga yang bernyawa berakhir dengan kematian.
Hari terakhir keberangkatan Ima dan Liana sampai..Ima juga ada hadiah, terharu dech.. Liana datang dh lewat, hampir maghrib..hehhhe..maafkan akak yer dik, bukan tak nak bgtahuu tapi sibuk yang tak menentu tu yang tak sempat hendak bagthuu, jangan marah lagi yer.
Marah kali Liana, maklumla terlupa nk bgthu dia yang esok dh nk pulang kampong. Marahnye bukan main lagi, taknk bg pulang. Nak tak nak Akak trpaksa pulang sebab visa dan pengajian akak di sini dh tamat dik.
Sms Fitri dari Kalimantan juga mengiringi langkah kepulanganku. Terima Kasih semua kerana menghargai persabahatan dari seorang teman dari perantauan. Ku hanya menumpang kasih di tempat kalian, nanti jangan lupa yer kalau nak ke Malaysia bagitahuu aja, aku akan luangkan sedikit masa menemui mu lagi.
Walaupun semuanya dah tamat, tak bermakna ukhuwwah yang kita jalinkan juga akan berhenti di sini. Ya Allah, Tabahkan hati hamba-Mu ini dalam menghadapi liku2 kehidupan yang penuh dengan mehnah dan cabaran.
Kalau nak diceritakan kisah perkenalan kami memang ssetngah tak masuk akal tapi tu laa realiti, Walaupun tak pernah bertatap wajah tapi kami sering berhubung melalui sms dan boleh bersahabat. Bertemu dan berpisah kami kerana Allah. Terima Kasih Allah, kerana mempertemukan kami.
"orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." (Al-Hujuraat:10)
UKHUWWAH ibarat 1 janji dalam hati, Tidak dapat ditulis, Tidak bisa dibaca, Namun takkan terpisah oleh jarak, Tidak berubah oleh masa Takkan sirna oleh amarah, Sedetik di mata, selamanya di jiwa, Jadikan UKHUWWAH yang terbina kenangan yang terindah antara kita. Kadang2 Allah biarkan kita berjauhan, Tapi dia datangkan pula KASIH SAYANG, Puas kita menangis, betapa jauhnya kita, Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita SEBUAH KERINDUAN, Terima kasih ya Allah, Alhamdulillah kini ku mengerti dan memahami.
akan ku bingkaikan kata-kata azimat daripadamu, akan ku abadikan dalam sanubari setiap bait ucapan yang kau nukilkan, semakin rancak langkah ku ayunkan bila ku baca pesananmu semangatku semakin kuat untuk bangkit menuju medan kejayaan, terima kasih ku ucapkan kepada mu PKPMI-ca, walaupun sehelai kertas kau berikan, tapi kata-katamu penuh hikmah, penuh semangat dan penuh harapan, untukku bangkit mengejar impian, sehelai kertas mungkin tidak bermakna bagi tidak mengerti, tapi tidak bg yang memahami,
InsyaAllah akan ku badikan segala-galanya setiap azimat darimu. :-) teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, perjuangan perlukan pengorbanan. All The Best untuk Semua warga PKPMI-ca.
Abu Hanifah memiliki murid bernama Yusuf bin Khalid As-Simani, ketika telah merasa cukup dalam menuntut ilmu kepada Abu Hanifah, ia bermaksud kembali ke Basrah. Abu Hanifah berkata kepadannya, “Jangan Kembali dahulu sebelum aku membekali kamu dengan wasiat yang akan kamu butuhkan dalam berinteraksi dengan masyarakat, membina pribadi dan menata, umat sehingga jika kamu keluar dengan ilmu yang kamu miliki tersebut, kamu menimbangnya dan tidak mencelanya”.
Berikut ini wasiat emas sebagai pembekalan, para ulama menamakannya, “Wasiat Emas”
“Jika kamu salah dalam berinteraksi dengan masyarakat mereka akan menjadi musuhmu, sekalipun mereka bapa dan ibumu, tapi jika kamu berinteraksi dengan baik sekalipun mereka bukan kerabatmu akan menjadi bapa dan ibumu.
Jika kamu telah masuk Basrah, orang akan menjemput, mengunjungi serta mengetahui dengan persis hak-hak kamu, maka posisikan tiap-tiap individu sesuai dengan kedudukan mereka, hormatilah orang-orang terhormat, muliakan para ulama, hormati orang-orang tua, bersahabatlah dengan lemah lembut, dekatilah orang-orang awam, pergaulilah orang-orangbaik, jangan menghina siapa pun, dan jangan membuka rahsia kamu kepada siapa pun, jangan mempercayai siapa pun sebelum mengujinya, jangan menerima hadiah.
Sebaiknya kamu mengikuti kamahuan masyarakat, sabar, baik budi pekerti, lapang dada, berpenampilan baik, perbanyak memakai minyak wangi, berlemah lembut, tidak banyak mencela sehingga sulit untuk berbuat adil, peliharalah solatmu, sedekahkan makananmu, kerana orang bakhil tidak boleh dijadikan pemimpin, kunjungi orang yang mengunjungi kamu.
Dan berbuatlah baik terhadap orang yang berbuat baik bahkan terhadap orang yang berlaku buruk padamu, carilah ilmu, beramar ma’ruf, tinggalkan seluruh orang yang menyakitimu, jenguklah sendiri temanmu yang sakit, carilah tahu tentang temanmu yang lama tidak kamu jumpai, terhadap kawan yang tidak mau tahu tentang kamu jangan sampai kamu tidak mahu tahu tentang dia, sambunglah silaturrahim terhadap orang yang memutuskannya, hormati siapa pun yang datang kepadamu, ucapkan selamat kepada kawamu yang sedang mendapatkan kebahagiaan, ikutlah bersedih terhadap yang sedang ditimpa musibah, dan terhadap yang tertimpa musibah kamu ikut merasakan sakit bersamanya.
Siapa pun yang mendorongmu untuk bangkit maka bangkitlah bersamanya, dan siapa saja yang meminta pertolonganmu maka tolonglah, tunjukkan empatimu terhadap masyarakat seboleh yang kamu mampu, tebarkan salam.
Jika kamu bertemu dengan mereka dalam tempat yang berbeda, atau dalam satu masjid, lalu dilontarkan masalah dan ternyata apa yang disampaikan itu berbeda dengan pendapatmu, jangan berkomentar, tapi jika kamu ditanya lalu kamu mendiskripsikan apa yang diketahui mereka lalu kamu berpendapat selain itu dengan mengatakan alasan begini, jika mereka mendengarkan apa yang kamu sampaikan itu mereka akan segera menilai kedudukan dan kredebilitasmu.
Perlakukan manusia sebagaimana engkau memperlakukan dirimu sendiri, redhalah seperti kamu redha terhadap dirimu sendiri, mintalah pertolongan kepada dirimu dengan menjaganya dan mengontrol kondisinya, janganlah membebani manusia sesuatu apa yang tidak mereka bebankan kepadamu, kedepankan niat baik kepada mereka, pakailah kejujuran, buanglah kebongkakkan jauh-jauh, jangan sekali-kali kamu berkhianat walaupun mereka mengkhianati kamu, berpegang teguhlah dengan kesetiaan dan ketaqwaan, Allah akan selalu bersamamu.”
Gembira hati ini tak siapa yang tahu, setelah hampir 1tahun 6buln merantau di negara orang sebagai penuntut ilmu. Akhirnya, saat telah tiba untuk aku pulang ke tanah air tercinta. Pahit getir, suka duka hidup sebagai anak dagang telahku hadapi dan selami bersama-sama teman2 seperjuangan disini tanpa ayah ibu, dan adik beradik di sisi. Kini aku mampu lalui itu semua, orang kata ujian dan cubaan dapat mendewasakan usia dan mematangkan diri, syukur Alhamdulillah, segala2nya selamat di harungi.
Teringat ketika first time menjejakkan kaki ke sini, perasaan bercampur baur, tambah plak dengan kawasan yang terkenal dengan gempa bumi yang sering terjadi, pendek kata kalau tak ingat hasrat hati dah lama aku blah bawa beg bagasi, tapi syukur Alhamdulillah hati kecil ku mampu lagi berbisik agar tenang menghadapi segalanya لا تـخاف ولا تحزن إنّ الله معنا
Di mana2 pun kalau dah ajal kita sampai kita akan mati jua. Berbekalkan azimat pesanan dan semangat dari ibu ayah tersayang dan harapan keluarga, akhirnya kakiku kuat jua melangkah mengharungi badai samudera alam. Dan kini aku berjaya tentangi semua.
Tahun demi tahun, bulan demi bulan, minggu demi minggu, hari demi hari masa pantas berlalu, tanpa ku sedari dah setahun lebih aku di sini, cukup masa dan ketika aku akan pulang semula ke pondok usang lama, akan ku ubah segalanya InsyaAllah. Seperti burung mencari makanan, keluar seawal pagi tiba masa dan saatnya dia akan pulang ke sarang jua walaupun jauh merantau mencari rezeki. Kini aku menghitung hari…
Aceh,
Kepulangan aku kali ini takkan kembali lagi,
Antara kita ada lautan pemisah,
Yang tak mampu ku renangi dengan kudrat ku ini,
Tapi aku akan berusaha terbang di awangan untuk menjejakan kaki
Untuk melihat betapa indahnya bumimu, baiknya pekerti rakyatmu,
Hari ini kita merayau-rayau ke dalam semak sikit yer untuk mendapatkan khasiat pohon semalu.. Apa itu semalu??..knape semalu itu diciptakan???..hr nii kita berbincang mengenai satu hadis berkaitan dengan pohon semalu..selamat membaca
Ada hadith meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Insya-Allah. Sungguhpun kita tidak nampak akan kepentingan si pohon semalu, akan tetapi tersiratnya sungguh kuat dan kukuh utk kita jadikan pengajaran… Jangan kita memandang sesuatu perkara dengan bermacam kelemahan, akan tetapi berfikir akan kenapa ciptaannya… dan mengambil pelajaran darinya…
Dahulu kau gemarkan pohon semalu Kau tertarik kerana ia pemalu Disentuh, ia menguncup tersipu Pohon semalu tinggalnya di celah-celah Mendapatnya semakin payah Ku lihat kau semakin menyerah kalah Dan kau juga semakin berubah Aku semakin tak faham Caramu buat aku tergamam
Kini pilihanmu, hanya bunga liar Siang malam ia bebas diluar Serinya tiada, hilang pula sinar Keadaanmu semakin hingar bingar Penglihatanmu semakin berpinar Akhirnya kau jatuh terdampar Hilanglah dikau di dalam samar Pulanglah ke pangkal jalan Akan segera ku hulur tangan Asalkan kau mahu aku pimpinkan.
Jangan ragu untuk menangis, Anda akan sehat Jasmani dan Ruhani..
"Dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis," (an-Naml: 43)
Telah ditemukan hubungan yang kuat antara fungsi fisiologis dan psikologis terhadap luapan emosi seseorang pada umumnya serta perantara apa yang bisa dipakai untuk mengungkapkannya. Sama juga dengan cara menangis atau selainnya.
Telah jelas bahwa tangis itu menimbulkan tetesan air mata dan menghasilkan zat-zat yang ada di mata, membersihkan bola mata, serta mengurangi tekanan-tekanan hidup yang dihadapi. Sebagaimana telah jelas pula bahwa tangisan juga memberi pengaruh pada organ-organ tubuh yang lain, seperti urat nadi maupun saraf yang menjadi tegang di waktu seseorang emosi, begitu pula dengan meningkatnya denyutan jantung dan urat nadi serta menambah aliran adrenalin dari dua paru-paru.
Saat paling bahagia di dunia ini hadir ketika anda merendahkan diri dan tunduk, takut, menangis serta bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah semata.
Ibnu Qoyyim dalam kitab al-Fawaid, “Celaka kamu, jangan engkau meremehkan dirimu. Seseorang yang bertaubat itu dicintai. Seseorang yang mengalah itu benar. Penyataan kerugiannya merupakan sumber kekayaan. Tunduknya kepalamu kerana penyesalan adalah keluhuran, dan mengakui kesalahan itu menunjukkan jalan yang benar untuk jiwa.”
Berhentilah sejenak, menjauh dari dunia dengan segala kecemasannya, kedudukan dan istana-istananya. Duduklah menyendiri, menyingkir dari para sahabat dan keluarga. Menyepilah dan tanyakan pada dirimu. “Untuk apakah aku hidup?? Apakah yang kuinginkan?? Dan apakah puncak dari semua itu??” Dan temukanlah jawapannya!!!
Hari-hariku berlalu tanpa Penyesalan
Tanpa tangisan, Rasa Takut, Ataupun rasa sedih
Betapa Mahabijaksana Allah, telah memberiku kesempatan
Padahal aku terus menerus bergelimang dosa
Akulah yang telah menutup pintu-pintu itu
karena kemaksiatan
Sedangkan mata Allah selalu melihatku
Biarkan aku meratapi dan menangisi diriku
Dan menempuh waktu dengan kesedihan
Biarkan aku terus mengucurkan air mata
Barangkali rasa sedih ini dapat melepaskan aku darinya.
Wahai Tuhanku,
aku hadapkan hatiku kepada-Mu sebelum kedua tanganku,
Aku memohon kepada-Mu dengan jiwaku sebelum terucap oleh lisanku
Hanya kepada-Mu aku meminta, mengadu, dan memohon
Aku memohon kepada-Mu, seperti permohonan orang yang berdosa
Permohonan anak yatim dan permohonan di waktu malam tiada bintang
Aku hadapkan hatiku kepada-Mu
Aku hamparkan kedua tanganku kepada-Mu,
Aku percaya mustajabnya doa dan tidak ada sesuatu pun
antara doaku dan Arsy-Mu, kecuali doa yang mustajab.
Aku berkata,"firman-Mu benar,berdoalah kepadaKu, nescaya
Aku ijabahi untuk kalian."
Aku memohon kepada-Mu, wahai Tuhanku dengan berkata,
Aku telah mencela dan memandang hina keluargaku
Aku singkiri orang-orang yang kucintai
Dalam kesendirianku, aku curahkan segala kesedihan dengan
darah
Aku terlantar dalam kesedihan yang berpanjangan
Aku tatap arah langit dengan penuh penderitaan
Dari resah dan gundah
Rabbi, betapa aku penuh kesalahan
Adakah waktu menghadap-Mu untuk bertaubat
Telah hilang kesempatan dari kehidupanku yang pertama
Sementara akan datang kehidupan kedua setelah kematian
Rabbi,
Aku telah mengakui dosaku
Di lubuk hatiku aku tangisi semua perbuatan dosaku
Aku terhina kerana dosaku,
Adakah setitis
Curahan rahmat-Mu yang mendekat padaku
Rabbi, aku telah datang kepada-Mu dengan bertaubat
Maka terimalah hamba-Mu yang mengharapkan belas kasih
Dalam kebingungan
Hanya air mata ini yang aku miliki
Sebagai tanda penyesalanku pada rendahnya diriku
Rabbi,
jika engkau menghukukmku kerana dosa-dosaku
Itulah balasan yang tepat bagi pendurhaka
Jika Engkau memberi ampun...Engkau telah memberi ampun
kepada seorang hamba yang penuh dosa
Dan Engkau memberi rahmat pada seorang insan yang berada
Bermula seawal pagi, boleh dikatakan selepas subuh terus bergerak ke destinasi, siapa-siapa yang terbangun lewat alamatnyee tak sempat gosok gigi dan makan roti laa dia..hehehhe..takde laa gurau jee..muslimat sini semuanya baik-baik dan tepati waktu..sentiasa bersedia..syabas betea syabas.. bermula dengan pembersihan bilik masing-masing, lepas tu akan menyusul proses pembersihan luar kawasan bilik terutama ruang tamudan mushalla.
Bertemakan “Bedah Rumah” menjadi semangat bagi penghuni rumah untuk bekerja keras. Selaras dengan tema bedah rumah maka setiap sudut dan pelosok rumah mesti diselengggara dan diberesin sesuai dengan tema yang dibuat dan ia juga merupakan sebahagian dari kawsan rumah.
Riuh rendah kedengaran di setiap penjuru dan sudut, al-maklumlaa masing-masing punya peranan dan karekter tersendiri, pendek kata ramai orang banyak ragam, lain padang lain belalang, tak pernh buat kajian pun jenis2 belalang..cakap main belasah jee..maklum laaa, capet deh..cakap pun dh ikut suka..hehehehe :-)
Dari yang berselerak menjadi kemas tersusun rapi,
dari yang kotor menjadi bersih berseri,
dari yang berhabuk menjadi cantik semulajadi,
itulah berkat mufakat bersemi di hati.
Bersih dan cantik rumah kita...sebersih dan secantik penghuninya.. hehehe :-)
Jangan marah aaaaa penghuni vila 50...nati kena lelong kt pasar Rukoh..:-)
Ataukah kita termasuk hamba-hamba-Nya yang terlena …
Yaa Allah…
Jadikanlah yang terbaik amalku ketika akhir masaku …
Jadikan saat terbaik Ibadahku adalah saat akhir masaku …
Dan Jadikan akhirku sebagai akhir dari segala keburukanku …
Amiieen ….
Mari Berdoa
Dari Sahabat Untuk Sahabat..('',)
Bermula satu pertemuan,
Terjalin sebuah ikatan,
Tercipta seribu kenangan,
Kini hadirnya Perpisahan,
Menguji Keutuhan & Kesetiaan
Dalam Persaudaraan,
Lantaran itu Belajarlah Menghargai
Sebuah Kenangan,
Kerana ia kini Hanya Wujud Dalam Ingatan,
Dan Tak Mungkin akan Berulang lagi,
Malah tak Siapa mampu Mengubahnya,
Itulah realiti kehidupan,
Namun sebuah ikatan Persaudaraan yang sejati pasti akan membawa.
KERINDUAN yang ABADI,
DOAKAN UKHUWWAH INI BERKEKALAN SELAMANYA..
Kelantan Negeriku
Di sini Langkahku Bermula
klick pada logo untuk ke laman web KIAS
Mengejar Cita-Cita
terima kasih atas segalanya, mengajar ku mengenal dunia..
PKPMI-CA
klick pada logo untuk ke PKPMI-CA
IAIN Ar-Raniry, Banda Aceh
klick pada logo untuk ke IAIN Ar-Raniry, Banda Aceh
BangunLah...
Bangunlah, wahai orang yang banyak tidur Sampai kapankah kebekuan ini berlangsung dunia ini adalah negeri yang fana segala sesuatu yang ada padanya pasti lenyap kebaikan yang ada padanya hanya sedikit sedang keburukannya banyak sekali Usia di dunia makin berkurang dan keburukan makin bertambah, oleh kerana itu, Perbanyakkanlah membuat bekal, karena sesungguhnya perjalanan yang akan ditempuh sangat jauh..
Beritahu pada muslimah, dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah, jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah, jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.
"Wahai kamu, anak-anak Islam! Biasakan dirimu dengan
kebisingan bom-bom, peluru mortir dan pekikan senapan dan
tank. Jauhilah kemewahan."
"Wahai kaum Muslimin, berimanlah dengan apa yang diimani
oleh generasi pertama umat Islam, amalkan kebaikan, baca dan
hafalkan al-Qur'an. Berhati-hatilah dengan apa yang kau katakan.
Shalatlah pada malam hari, amalkan puasa sunat, carilah teman
pergaulan yang baik dan ikutlah dalam pergerakan Islam."
"Ketahuilah bahwa pemimpin pergerakan tiada punya kuasa atas
kamu untuk menghalangi kamu berjihad, atau mencegah kamu
meninggalkan jihad demi menyebarkan dakwah, lantas
menjauhkan kamu dari medan perang...
Jangan sekali-kali minta
pembenaran (lagi) kepada siapapun tentang jihad, sebab
kebenarannya sudah pasti."
"Jihad tidak boleh ditinggalkan, karena Allah sendiri mengatakan
bahwa jihad itu ibadah. Orang yang istiqomah berjihad diangkat
tinggi derajatnya oleh Allah. Jihad adalah membebaskan manusia
dari penindasan. Jihad itu melindungi martabat kita dan
memperbaiki dunia. Jihad adalah jalan kemuliaan yang kekal."
Secantik Rama-Rama...Seindah Panorama...:-)
Kata2 motivasi
orang yang berilmu sering diam dari berkata-kata yag tidak berfaedah, sedangkan orang tidak berilmu berbicara tanpa fakta dan hanya menampakkan kebodohannya sediri.
adalaka kita perlu sombong pada manusia yang sombong, dan adakalanya kita perlu mengalah biarpun kita yang benar. kebenaran akan terserlah melalui kejujura setiap tindakan.
ilmu dan amal bagaikan jiwa yang bersatu, tercicir salah satu ibarat busur tanpa anak panah. begitulah hubungan kekeluargaan, air dicincang takkan putus.
teman itu adalah penasihat pada segala kebaikan dan keburukan. meletakkan kepentingan dan hidup orang lain melebihi diri sediri..(",)
kopi tanpa gula sangat pahit, begitulah kebenaran. namun segala kepahitan mengajar kita menerima sesuatu perkara dengan lebih terbuka, menempuh cabaran dan rintangan tanpa mengalah.
tak terasa bila dia pergi tapi sayu bila dia tak kembali mencarinya dengan hati suci lebih indah daripada memliki tapi tak menghargai
Dia datang tanpa seruan Dia pergi tanpa alasan kejarlah ia sebelum ia hilang dari pandangan kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan. THANK YOU ALLAH FOR GIVE OF "UKHUWWAH"