Friday, February 19, 2010

Jadilah seperti Pohon Semalu...Berduri tapi Cantik serta Pemalu..(",)



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini kita merayau-rayau ke dalam semak sikit yer untuk mendapatkan khasiat pohon semalu..
Apa itu semalu??..knape semalu itu diciptakan???..hr nii kita berbincang mengenai satu hadis berkaitan dengan pohon semalu..selamat membaca

Ada hadith meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Insya-Allah. Sungguhpun kita tidak nampak akan kepentingan si pohon semalu, akan tetapi tersiratnya sungguh kuat dan kukuh utk kita jadikan pengajaran… Jangan kita memandang sesuatu perkara dengan bermacam kelemahan, akan tetapi berfikir akan kenapa ciptaannya… dan mengambil pelajaran darinya…


Dahulu kau gemarkan pohon semalu
Kau tertarik kerana ia pemalu
Disentuh, ia menguncup tersipu
Pohon semalu tinggalnya di celah-celah
Mendapatnya semakin payah
Ku lihat kau semakin menyerah kalah
Dan kau juga semakin berubah
Aku semakin tak faham
Caramu buat aku tergamam


Kini pilihanmu, hanya bunga liar
Siang malam ia bebas diluar
Serinya tiada, hilang pula sinar
Keadaanmu semakin hingar bingar
Penglihatanmu semakin berpinar
Akhirnya kau jatuh terdampar
Hilanglah dikau di dalam samar
Pulanglah ke pangkal jalan
Akan segera ku hulur tangan
Asalkan kau mahu aku pimpinkan.

1 comment:

  1. hmmm ada ke pohon semalu d Tanah Arab? pengajaran bagus, tpi adakah benar ia drpda hadis Rasulullah SAW?

    ReplyDelete