Tuesday, June 30, 2009

Bermula Imtihan



Esok bermulanya paper pertama bagi semesta genap secara rasmi yang tercatat dalam jadual akademik.


Segala persiapan menghadapi ujian telah diaturkan, senjata bagi menghadapi musuh dah disediakan, peluru untuk senjata dah di isi secukupnya..Cuma menunggu sasaran tiba, adakah tepat tembakan senjata mengena sasaran ataupun tidak.. wallahu a’lam.توكلت على الله. Belum cuba belum tahuu, yang pasti persediaan yang dilakukan itu mestilah yang terbaik..


pendek kata Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal”


Esok tajamkan mata pena anda, jangan tersilap konsep plak, jangan tajamkan mata melihat ke kiri ke kanan..INGAT, Allah Maha Mengetahui atas segalanya.


Jangan lupa juga slip SPP, KRS dan kartu mahasiswa.


Tak ada apa rasanya yang hendak disampaikan. Cuma pesanan ringkas dari seorang sahabat untuk temannya,


Kepada teman-teman seperjuangan ku sekalian, lakukan yang terbaik, jangan jadikan menciplak hak orang lain adalah alternatif untuk kita. Usahakanlah dari diri kita sendiri. Markah yang banyak bukan melambangkan kemenangan atau kejayaan kalau ianya hasil penipuan, buat apa kalau ianya bukan dari hasil usaha kita sendiri, tak berbaloi juga. Ingatlah hasil imtihan ni, kita akan bawa kemana saja selepas ni, bermula dari saat ini hinga ke hujung usia. Carilah keberkatan dan keredhaan Allah walau di manapun anda berada.


Sebelum masuk dewan peperiksaan tu, berdoalah dulu moga2 apa yang belajar dapat dimanfaat dan yang penting keberkatan yang akan kita perolehi. العلم ليس في الكتب ولكن في الصدور ..


Mek Abah doakan kejayaan anakmu di sini. Doa dan Restumu ku harapkan buat bekalan di kala ku tak berdaya buat sokongan di kala aku lemah..


Hanya pada Allah ku berserah dan kepada-Nya jualah ku kembali.. Amin Ya Rabbal ‘Alamin

وإلى الله ترجع الأمور

Monday, June 29, 2009

Berkorbanlah untuk lebih dicintai


"Bukan daging-daging unta dan darahnya itu yang dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya…" (Al-Hajj: 37)

Maha Agung Allah yang Menciptakan kehidupan dengan segala kelengkapannya.Ada kelengkapan pokok, ada juga yang cuma hiasan.Sayangnya, ramai manusia yang terkongkong pada jeratan kelengkapan perhiasan.
Berkorbanlah, Anda akan menjadi yang paling kaya.Logiknya, manusia biasa mengatakan kalau memberi bererti mengurangkan.Seseorang yang sebelumnya punya lima mangga misalnya, akan berkurang jika ia memberikan dua mangga kepada orang lain.

Logik inilah yang akhirnya menghalangi orang untuk
berkorban.Jika bukan kerana iman yang dalam, logik ini akan terus bertakhta dalam hati.Ia akan terus menenggelamkan manusia dalam kehidupan yang sempit, hingga ajal menjemput.Sulit menterjemahkan sebuah pemberian sebagai keuntungan.Sebaliknya, pemberian dan pengorbanan adalah sama dengan pengurangan.Rasulullah saw. mengajarkan logik yang berbeza.Beliau saw. mengikis sifat-sifat kemanusiaan yang cinta kebendaan menjadi sifat mulia yang cinta pahala. Semakin banyak memberi, orang akan semakin kaya. Kerana kaya bukan pada jumlah harta, tapi pada ketinggian mutu jiwa.


Rasulullah saw. mengatakan, "Yang dinamakan kekayaan bukanlah banyaknya harta benda. Tetapi, kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa (hati)." (HR. Abu Ya'la)

Berkorbanlah, Anda akan menjadi orang yang paling berjaya.Berjaya dalam hidup adalah impian setiap orang.Tak seorang pun yang ingin hidup susah: rezeki menjadi sempit, kesihatan menjadi langka, dan ketenangan cuma dalam angan-angan. Hidup seperti seksaan yang tak kunjung usai.Semua langkah seperti selalu menuju kegagalan. Buntu. Namun, ramai yang cuma berputar-putar pada jalan yang salah.Padahal, rumus jalan bahagia sangat sederhana. Di antaranya, kikis segala sifat kikir, Anda akan menemukan jalan hidup yang serba mudah.


Allah swt. berfirman, "Ada pun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan ada pun yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar." (Al-Lail: 5-10)

Kalau jalan hidup menjadi begitu mudah, semua halangan akan terasa ringan. Inilah pertanda kejayaan hidup seseorang. Semua yang dicita-citakan menjadi kenyataan.


Maha Benar Allah dalam firman-Nya, "…dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang sukses." (Al-Hasyr: 9)

Berkorbanlah, Anda akan sangat dekat dengan Yang Maha Sayang sebenarnya, Allah sangat dekat dengan hamba-hambaNya melebihi dekatnya sang hamba dengan urat lehernya.


"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." (Qaaf: 16)

Namun, ketika ada hijab atau dinding, yang dekat menjadi terasa sangat jauh. Karena hijab, sesuatu menjadi tak terlihat, tak terdengar, bahkan tak terasa sama sekali.Dan salah satu hijab yang kerap menghalangi kedekatan seorang hamba dengan Penciptanya adalah kecintaan pada harta. Islam tidak mengajarkan umatnya untuk tidak berharta. Atau, menjadi miskin dulu agar bisa dekat dengan Allah swt. Tentu bukan itu. Tapi, bagaimana meletakkan harta atau kemahuan dan kehendak hidup lain cuma di tangan saja. Bukan tertanam dalam hati.

Dengan kata lain, harta cuma sebagai saranan.Bukan tujuan. Kerana itu, perlu pembiasaan-pembiasaan agar jiwa tetap terdidik. Dan salah satu pembiasaan itu adalah dengan melakukan
korban. Kerana dari segi bahasa saja, korban berasal dari kata 'qoroba - yaqrobu - qurbanan' artinya pendekatan. Berkorban adalah upaya seorang hamba Allah untuk mengikis hijab-hijab yang menghalangi kedekatannya dengan Yang Maha Sayang.

Berkorbanlah, Anda akan menjadi yang paling dicintai. Setiap cinta butuh pengorbanan. Kalau ada orang yang ingin dicintai orang lain tanpa memberikan pengorbanan, sebenarnya ia sedang memperlihatkan cinta palsu. Cinta ini tidak pernah abadi. Cuma bergantung pada sebuah kepentingan sementara.

Allah swt. Maha Tahu atas isi hati hamba-hambaNya. Mana yang benar-benar mencintai, dan mana yang cuma main-main. Dan salah satu bentuk keseriusan seorang hamba Allah dalam mencari cinta Yang Maha Pencinta adalah dengan melakukan pengorbanan. Kita boleh
berkorban dengan tenaga, fikiran, dan harta di jalan Allah. Dan sebenarnya, pengorbanan itu bukan untuk kepentingan Allah. Allah Maha Kaya. Justru, pengorbanan akan menjadi tenaga, aura dan nuansa spiritual yang baru bagi si pelaku itu sendiri.

Ayuh Berkorbanlah !

di copy dari :
www.iluvislam.com

kcb-milis@yahoogroups.com
Editor: Afdhal87

Sunday, June 28, 2009

Hidup Ibarat Catur “Chess”



Sejak dilahirkan hinggalah sekarang belum pernah ku main permainan “chess” nii, setakat dengar dan lihat tu adalah, tak pernah terdetik di hatiku untuk bermain permainan macam ni. Semalam “Roomate”ku membeli chess ni di Kota dan mengajakku untuk bermain. Nak tergelak pun ada gak, ada ke patut diajaknya orang yang tak tahuu apa2 tentang benda nii untuk bermain. Kalau “Dam” tu pernah juga aku main, masa kecik2 dulu, tapi sekarang semua tu dah takde.


My “Roomate” pun menawarkan diri untuk mengajarku, kiranya tok guru laa ni takpun sifuu laa katakan. "Tunjuk ajar ku sifuu".. Dah orang nak ajar, apalagi terus ku duduk berhadapan dengan si sifu, dengan penuh perhatian ku mendengar dan meneliti apa yang diajarinya. Mula2 dengar and lihat tu pening laa juga sikit2. tapi ok laaa, girang rasanya hati kecil ni dapat belajar benda baru. Terima kasih tok guru..:-)


Dalam “Chess” ataupun catur nii ada karekter tertentu dan cara jalan pun berbeza, ada yang menyeleweng “menyerong”, ada jalan lurus bendul “straight to the point”, ada king and Queen, ada 8ekor askar yang kecil2, ada kuda..hehehehe..macam2 gaya jalan ada. Pendek kata setiap perwatakkan tu takkan sama cara jalan dan rupa bentuk pun berlainan, bak kata pepatah “Pelanduk 2 serupa pun takkan sama”, maknanya semuanya tak sama laa. Tapi yang paling berkuasa sudah semestinya King “raja”. jangan lawan cakap raja, nati kena hukum, so, kenalah jaga hati raja bukan setakat hati, keselamatan dia, makan minum, pendek kata semua kena jaga dan kena berhati2, sebab tu askar kena ramai. Tu pendek yang kata, panjang tak kata apa2, diam jee.


First Play..

Mula2 main nii, kecoh laa sikit dapat makan 1 ekor askar musuh terus bersorak. Maklumla main pakai hentam tak pakai otak dan akal pun, asal dapat ku telan tentera dia, syukur Alhamdulillah.. Sifu aku nii plak asal turn dia jalan, punyalah lama dia fikir, terpeleok pinggang duk tengok gerak mata dan tangannya. Tak tahuu apa laa yang dia fikirkan. Nak aja aku tolong jalankan untuk dia. Lepas je sifuu jalan, terusku mengorak langkah, tak sampai setengah saat ku jalan “macam orang pro tu”. Takde benda lain yang ada dalam fikiran nii, yang penting dapat makan @ telan sekor tentera dia, dah tak fikir yang orang umpan kita kat depan tu, sekor kita makan dia punya tentera, mak oiii, habis kerajaan kita dia takluk. Nasib badan laa, terpaksa turun kerajaan..hehehee..


Semua kena guna akal dan hati untuk memahami sebelum bertindak. Tak semua perkara kita akan dapat dengan senang, mesti ada perangkap yang memerangkap. So, berhati-hatilah dalam setiap gerak geri dan berfikirlah sejenak, jangan bertindak mengikut perasaan semata-mata. Bak kata pujangga :"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."


Second Play..

Kali ni strategi diatur agak baik sedikit dari yang pertama, permainan yang kedua tidak sekecoh yang pertama. Keadaan tenang, semua bagi perhatian. Pengaturan strategi dibuat berdasarkan strategi pihak lawan, marah sifuku..hehehe..maklumlaa tiru pergerakkan dia..ye laa tak tiru lagi.. ikut punya strategi lawan tak perasan laa plak King dah takde pengawal kat depan, kiri dan kanan, dah laa “king” tu dapat jalan setapak ke depan, belakang, kanan atau kiri je..kesian king tu takde sape yang jaga atau mengawal dia, Queen pun sibuk nk melawan musuh. So, dia duduk laa sorang2 di tempat asal, yang lain ada yang dah kena tawan dek musuh dan setengahnya plak sibuk mengikuti jejak musuh. Rupa2nya musuh nii banyak muslihat, kita nii ikut laa dia, rupa2nya dia ada niat yang tersirat yang tak mampu kita baca fikirannya melalui mata kasar. Maknanya, hamba kalah lagi laa pada permainan yang kedua nii Makcik Timah oiii.


Kita sepatutnya bijak merancang, tak salah mengikuti dan memerhati setiap langkah pihak lawan tapi ingat kita juga mesti ada perancangan yang tersirat yang tak mampu mereka mentafsir dengan mata bulat. So, kenalah bijak berfikir, membuat perancangan dan mengatur strategi selari dengan akal fikiran yang waras.



Third Play..

Dah 2 kali kalah nii, hikhikhik..takkan nak kalah lagi kot. Kali pertama boleh dimaafkan lagi sebab permulaan, lagi plak first time main, kali kedua otak tak berapa nak berfungsi lagi, ni dah masuk yang ketiga, kena keje kuat sikit. Pantang maut sebelum ajal,.. kali ni, taknk lagi jatuh ke perangkap lawan. Pengaturan strategi mesti seiringan dengan akal fikiran yang waras, tu yang dapat diambil dari kedua2 permainan td. Memang susah nak tawan musuh nii, ingat senang ke?? Sekali terleka habis tentera kita di “ngap”nya. Kali nii pihak lawan terlena sekejap, maklumlaa dah 2 kali menang, sekarang tibalah masanya untuk menyerang balas dan sekaligus menebus 2 kekalahan td. Maka disebabkan sedikit kealpaan dia terus ku ngap king dia, akhirnya dapat juga ku meraih kemenangan tanpa piala dan penghargaan nii..hehehehe..


Pesanan Ikhlas Dari Pihak Penaja :-)

  • Kita janganlah terlalu cepat mempercayai sesuatu perkara tu, jangan hanya kerana kebendaan dan kemewahan yang mengiurkan membuatkan kita lupa segala2nya.
  • Kita harus bijak membuat perancangan, jangan mudah terpedaya dengan atur cara atau tipu helah pihak lawan atau musuh.
  • Lupakan seketika kemewahan yang bersifat sementara itu, pertahankan hak kita, mulakan strategi untuk bertindak, segala kemewahan dan kesenangan hidup adalah umpan bagi mereka yang lalai.Tak salah kesenangan dan kemewahan andai tahuu kemana arah tujuannya, jangan terperangkap ke lembah kehinaan.

All the best..jadikan sesuatu tu pengajaran untuk masa akan datang.

Saturday, June 27, 2009

Tingkatan manusia di dalam solat


Manusia mempunyai lima tingkatan di dalam solat

Pertama
, yaitu orang yang melakukan perbuatan zalim terhadap dirinya, atau orang yang lalai. Orang yang tidak memerhatikan masalah wudhunya, lalai dari waktu yang ditetapkan, maupun aturan-aturan dan rukun-rukunnya.


Kedua, yaitu orang yang menjaga batasan-batasan waktunya serta rukunnya yang nampak dan memerhatikan masalah wudhu. Namun, manusia yang berada dalam golongan ini tidak bersunggunh-sungguh dalam melawan bisikan-bisikan dan godaan setan di dalam shalat. Manusia di dalam golongan ini juga sering tidak berkonsentrasi karena rasa was-was dan pikiran-pikiran kacau lainnya.

Ketiga,
yaitu golongan manusia yang menjaga batasan-batasannya dan rukun-rukunnya dan dirinya juga bersungguh-sungguh dalam melawan bisikan-bisikan setan serta pikiran-pikiran lainnya. Golongan ini senantiasa bersungguh-sungguh untuk melawan musuhnya, agar shalatnya tidak kecolongan. Golongan ini berada di antara shalat dan jihad (bersungguh-sungguh).


Keempat
, yaitu golongan yang apabila hendak menunaikan shalat menunaikan hak-haknya, rukun-rukun, serta batasan-batasannya. Hatinya senantiasa disibukkan dengan menjaga batasan-batasan shalat serta hak-haknya agar tidak menyia-nyiakan shalatnya sedikitpun. Semua tekadnya terkumpul untuk menyempurnakan shalat sebagaimana seharusnya seorang hamba menyempurnakan dan menunaikkannya dengan baik. Hati manusia dalam golongan ini selalu disibukkan dengan masalah shalat dan merasakan penghambaan kepada Allah.


Kelima
, yaitu orang-orang yang menunaikan shalat sedangkan hati mereka seakan-akan tergantung di hadapan Pemeliharaannya. Mereka merasa dilihat dan diawasi oleh Allah. Hati mereka juga senantiasa diliputi oleh rasa cinta kepada keagungan Allah, seakan-akan Allah menyaksikan dan melihatnya. Mereka bisa mengalahkan bisikan-bisikan serta lintasan-lintasan pikiran dari setan. Manusia dalam golongan ini senantiasa menyibukkan shalatnya dengan Allah dan merasa senang dengan shalatnya. Shalat yang mereka lakukan dibandingkan dengan tingkatan shalat dari golongan lain lebih mulia dan lebih agung, seakan-akan seperti apa yang ada di antara langit dan bumi.


Shalat bagi golongan manusia pertama ialah shalat orang yang dihukum atau merasa terbebani, sedangkan kelompok yang kedua adalah seseorang yang selalu menghitung-hitung shalatnya, sedangkan shalat dalam golongan ketiga adalah orang yang dosanya dihapuskan dengan shalatnya, sedangkan shalat pada golongan keempat ialah shalat yang diberikan pahala. Dan tingkatan shalat pada golongan kelima adalah shalat orang yang senantiasa mendekatkan diri kepada Allah, karena kebahagiaan golongan tersebut adalah ketika menunaikan shalat.


Di manakah kedudukan kita apabila menunaikan solat??, adakah di kedudukan yang pertama atau kedua atau yang seterusnya. Perbaikilah setiap amalan kita yang menjadi tiang dan perkara dasar dalam agama. Sama-samalah kita muhasabah diri dan perbaiki segala kelemahan, bukan kita tak mampu tapi ada penghalang yang membuat kita rasa terbeban. حاسبوا قبل أن تحاسبوا .. kalau kita tak mngubah diri kita siapa lagi yang akan mengubah kita إن الله لا يغيّر بقوم حتى يغيّر ما بانفسهم .. marilah sama-sama kita perbaiki kelemahan yang ada, kita bangkit dengan semangat baru, berjihad melawan nafsu..


sekian wassalam..

Friday, June 26, 2009

PKPMI-CA

PKPMI

Artikel ni di copy paste dari http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/06/makluman-perkembangan-mahasiswa-di-iain.html


Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian :



Alhamdulillah, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia-Indonesia Cawangan Aceh (PKPMI-CA) sesi 2009/2010 melalui Biro Informasi & Hubungan Luar yang dipengerusikan oleh Al-Akh Mohd Zaim Irsyad bin Zainal Abidin telah berjaya membina sebuah laman web PKPMI-CA dalam rangka menyampaikan informasi-informasi kemahasiswaaan, pengajian, akademik dan sebagainya.



Sahabat-sahabat bisa melayarinya di http://pkpmi-ca.blogspot.com/ . Sebarang pandangan atau cadangan bagi penambahbaikan laman ini, bolehlah disalurkan diruangan komentarnya atau terus menghubungi pengerusi biro ini ditalian : 085834188388.




Untuk makluman kepada umum :


1) Bagi sesiapa sahaja yang ingin mengetahui perkara yang berkaitan dengan pengajian di IAIN Ar-Raniry, Nanggroe Aceh Darussalam, anda boleh menghubungi pihak persatuan melalui YDP PKPMI-CA 09/10 , Al-Akh Mohammad Azzar bin Ismail ditalian : 087890305903 atau Tim.YDP II(Peng.Helwani), Al-Ukht Nurul Najwa bt Mohammad : 085834186397 atau bisa melalui Biro Informasi & Hubungan Luar.



2) Bagi sesiapa sahaja yang berhasrat untuk melakukan kunjungan ke Aceh melalui apa sahaja program-program yang dianjurkan dan sebagainya, maka pihak PKPMI-CA bersedia memberikan bantuan seadanya, InsyaAllah. Anda boleh terus menghubungi Pengerusi Biro Rehlah & Sambutan, Al-Akh Azrul Aminor Rasyid bin Ramli ditalian : 087890302402.


Catatan : Alhamdulillah, sehingga kini jumlah mahasiswa Malaysia di Aceh iaitu di IAIN Ar-Raniry adalah 140 orang. Mereka terdiri dari bekas pelajar KIAS, Kelantan ( 117 orang Muslimin & Muslimat ), Ma’ahad Tahfiz Malim Nawar, Perak ( 10 orang Muslimin sahaja ) dan selebihnya dari Ma’ahad Ibtida’iyah, Kedah.



Pelajar dari KIAS hadir tanggal 25 Ogos 2008 dan terus ke tahun 4 (akhir), pelajar Ma’ahad Tahfiz Malim Nawar hadir seminggu lebih awal dari pelajar KIAS dan mereka adalah lepasan SPM yang memulai pengajian di tahun pertama di IAIN dan pelajar dari Ma’ahad Ibtida’yah, Kedah juga ke tahun pertama dan hadir disini sekitar tahun 2006 ( generasi pertama selepas Tsunami ).



Makluman terkini yang kami (pihak persatuan) terima, InsyaAllah kami akan menerima kehadiran mahasiswa baru dari pelbagai IPT di Malaysia seawal tarikh 20 Julai ini iaitu dari Taman Pengajian Islam, Kemaman, Terengganu, Ma’ahad Tahfiz Malim Nawar, Perak dan UNITI, Negeri Sembilan. Bagi pelajar-pelajar dari Kemaman dan Malim Nawar, mereka akan memulai pengajian di tahun pertama. Kehadiran berikutnya akan bermula pada bulan Ogos nanti dari pelbagai pusat pengajian yang akan kami informkan kemudian. Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum kami ucapkan.



Sekian terima kasih.



Muhammad Fadhlullah



Tuesday, June 23, 2009

Hari Terakhir Kuliah


Tanggal 23/06/2009 hari terakhir pengkuliahan bagi semesta genap tahun ini. Syukur Alhamdulillah, dapat jua ku menghabiskan pengkuliahan ini. Walaupun sepanjang tempoh kuliah berjalan dan berlari banyak ujian, lalang-lalang berduri ku lalui, tahi lembu bertompok-tompok terpaksa ku redahi, dan banyak lagi cabaran2 yang di tempuhi sebagai mahasiswa S1. Kadang-kadang ku terpaksa berhenti seketika pada 2 persimpangan, berfikir sejenak dibawah pohonan, arah mana harus ku tuju adakah ke kiri ataupun ke kanan??.. kata orang, waktu menjadi seorang pelajar laa masa yang paling best dan menyeronokkan andai kita memahami. Banyak pengalaman dan benda baru dalam kehidupan sedikit sebanyak dapat dirasai dan mengenal apa itu dunia.

Di saat terakhir laa para pelajar amat prihatin terhadap kuliah, maklumlaa di saat inilah pak dosen akan memberitahu apa2 tentang exam nati..hehehe..tapi, yang paling tersentuh sangat2 kata-kata terakhir seorang guru untuk anak muridnya. Biarpun dia seorang guru atau dosen tapi kemaafan dipinta dari pelajar-pelajarnya, dan memohon agar segala yang diajarnya bermanfaat walaupun tidak banyak, sedikit pun jadi lah. Bagiku ilmu takde yang tak bermanfaat, semuanya berfaedah asal kita menghargai. Ilmu semakin banyak kita memberi semakin banyak yang akan kita perolehi. Cuma kita je tak tahu menggunakan ilmu. "Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara."

Guru mana yang ingin melihat pelajarnya gagal, guru mana yang sanggup melihat pelajarnya kecundang, sakit hati seorang guru melihat pelajarnya tidak berguna, patah hati seorang guru melihat pelajarnya lemah. Ketahuilah wahai kalian, rasailah dan hayatilah luahan isi hati seorang guru. Begitu besar harapannya untuk kita.
Ilmu yang rendah nilainya hanya berligar pada hujung lidah tapi ilmu yang tinggi mutunya terlihat pada tingkah perbuatan.

Menurut Hamka : "Tanda cerdik seseorang adalah pada ucapannya Tanda berani seseorang adalah pada tindakannya Tanda bijak seseorang adalah pada keterampilannya Tanda mulia seseorang adalah pada keperibadiannya. "


Memang ku akui aku bukanlah seorang pelajar yang baik dan bersistematika dalam kuliah. Ku juga insan biasa banyak kesilapan dan kesalahan. Lain yang disuruh lain yang dibuat..heheehe..biasalah manusia tak lepas dari kesilapan كل بني ءادم خطاء, وخير خطاء التواب ..

teringat lagi kata-kata pak Salman, tergelak sendiri bila teringat kata-katanya kepada makalah kelompok yang sikit terpesong..hehehe..bukan sengaja tapi terpaksa. Katanya pada nota kaki makalah “ni (tunjuk pada makalah) apa ni?? No apa, no hadits ke no halaman ke atau no apa??” “kami ambil dalam buku ini pak (buku rujukan yang dipinjam dari muslimin)” berani juga aku menjawab. “kalau tak tahuu, rujuk saja pada kitab yang asal, itu lebih baik, jangan taqlid buta semata” macm tu laa bunyinyaa, terdiam kami sekelompok, taqlid buta jadi ukuran pada makalah kelompok ku. Nak tergelak pun ada, sedih pun ada juga, malu tak payah nk cakap laa, 1 kelas tengok. Lagi satu jadi omelannnya “makalah ni sesat, lagi plak menyesatkan orang lain”..memang nk terkucil aku kat depan kelas tu, mau taknyaa, setiap soalan yang ditanya semua membisu tanpa kata.

Pusing memang pusing, ku akui penyelesaian dalam hadits tu aku yang buat sendiri, mau tak salahnya, tapi terdesak..dah cari rujukan tapi tak jumpa..maaf pak lain kali takkan berulang lagi perkara begini..
Time presentasi makalah laa paling tak suka and menakutkan, persoalan datang bertubi2, semua mata tertumpu pada pembentang, silap cakap jadi tindak balas pihak pendengar.

Andai kata diberi pilihan antara presentasi makalah atau menghafal berpuluh-puluh halaman, aku sanggup menghafal beratus-ratus halaman sekalipun dari duk depan, semua mata menumpukan perhatian and telinga mendengarnya. Tak sanggup gue. :-)


Minggu depan exam, kepada teman-teman seperjuangan jadikan pembelajaran dan pengalaman selama belajar perkara yang mengembirakan. Lakukan yang terbaik untuk hidupmu. "Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali." All the best, Bittaufiq wannajah. Good Luck for your exam “
ربنا يسّر ولا تعسّر. واجعلنا من الناجحين والفائزين في الدنيا ولأخرة

Monday, June 22, 2009

Kasih bapa


Semalam setelah pulang dari “Seminar Kesurupan”, sambil bercerita tentang kesurupan dan sebagainya tetiba adik dari kampung menghantar pesanan ringkas (sms) yang bunyinya “Hello Sis, dah ucap hari bapa belum”, tertanya-tanya plak hari ini hari bapa ke? Bagiku hari-hari adalah hari ibu dan bapa, setiap hari dan setiap saat, cumanya tiada ucapan khusus. Alang-alang pegang handset terusku taipkn, ‘blum lagi, hari ni hri bapa ke?”.walaupun sudah terlewat beberapa hari tak kisahlah asalkan ku ucap jua..ku akui kalau hari bapa ke hari ibu mmng ku tak endah sangat, kalau hari pekerja memng ingt benar. Tulah kelemahan diriku. Mengingati tarikh bukn susah pun tapi tak suka “tak semua yang kita suka baik untuk kita, dan semua yang kita tak suka buruk untuk kita, Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu” والى الله ترجع الأمور ..

Memang dengan ucapan atau hadiah tak mampu untuk membalas jasa ibu dan ayah. Tapi sekurang-kurangnya terasa diri mereka dihargai oleh anak-anak, “happy father’s day, semoga abah sihat selalu, we love u abah”, tu laa ucapan dari adikku untuk abah. Bagi aku nk ungkapkan perkataan ‘love” tu memang susah walaupun 4huruf, berbelit lidah..selama hidup, ni first ucapan hari bapa ku ucapkan secara rasmi.

Sesekali terdetik di kotak pemikiranku ini, suatu hari nanti ada ke hamba Allah yang akan menjaga dan menyayangiku seperti kasih sayang ibu dan ayah yang tercurah untukku dan adik-adik. Tak siapa mampu ganti tempat atau kedudukan ibu dan ayahku dihatiku.

********************************************************************

Artikel ni ku kutip dari harian metro..hehehe..asal je jumpa artikel best terus dicopy paste..

Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayahanda karangi


Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti

Anakku Sazali juwita
Laguku jadikan pelita

Penyuluh di gelap gelita
Pemandu ke puncak bahagia...



BEGITU puitis lirik lagu Anakku Sazali ciptaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Baitnya syahdu dan menyentuh jiwa, membayangkan keakraban hubungan dan kasih tidak berbelah bahagi antara seorang bapa dan anak.

Kasih bapa kepada anak melebihi segalanya. Jasanya tidak terhitung, cuma semua itu sukar dimengertikan si anak, sehinggalah suatu hari kelak giliran anak pula bergelar bapa.

Islam meletakkan bapa pada kedudukan yang tinggi dan menjadi kewajipan setiap anak memuliakan bapa, mentaati dan menghormatinya, berbuat baik dan berkata dengan sopan.

“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.
“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra': 23-24)

Teks al-Quran itu mengajar manusia melayani orang tua. Tetapi sejauh mana ketaatan itu? Apakah pula yang dikatakan kebajikan terhadap orang tua?

Menurut Imam al-Ghazali, kebanyakan ulama berpendapat, ketaatan kepada orang tua wajib dalam hal tidak meragukan dan tidak wajib dalam hal yang jelas haram kerana meninggalkan sesuatu meragukan adalah warak (berhati-hati), sedangkan keredaan orang tua adalah wajib.

Berbakti kepada orang tua tidak hanya kepada bapa atau ibu yang Muslim.

Walaupun kedua-duanya kafir, anak harus berbuat baik kepada mereka dan termasuk berbuat baik dan tidak berjihad kecuali dengan izin mereka.

Dalam hadis sahih diriwayatkan daripada Abdullah ibn Amru, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w meminta izin kepadanya untuk berjihad.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Apakah ayahmu masih hidup?” Orang itu menjawab: “Ya.” Nabi bersabda: “Berjihadlah bagi kedua orang tua.” (Hadis riwayat Muslim)

Melalui hadis lain disebutkan orang itu menjawab: “Ya, kutinggalkan mereka menangis.” Nabi berkata: “Pergilah, buatlah mereka tertawa, sebagaimana engkau membuat mereka menangis.”
Jangan sesekali membuatkan bapa menitiskan air mata. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, dia berkata, bersabda Rasulullah bermaksud: “Tangis kedua orang tua termasuk penderhakaan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Menurut al-Qurtubi, termasuk kesempurnaan dalam berbakti kepada kedua orang tua ialah menjalin hubungan baik dengan orang yang mereka cintai.

Diriwayatkan dari Muaz ibn Jabal r.a, Rasulullah bersabda, ertinya: “Sesiapa berbakti kepada kedua orang tuanya, beruntunglah dia dan Allah menambah umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya'la, Tabrani dan al-Hakim)

Bagi anak yang sudah ketiadaan bapa, masih boleh berbakti kepadanya.

Diriwayatkan Abu Usaid, seorang Badwi, dia berkata: “Aku sedang duduk bersama Nabi s.a.w, kemudian datang kepadanya seorang lelaki Ansar.

Dia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah aku masih boleh berbakti kepada ayahku sesudah dia meninggal?”

Baginda menjawab yang bermaksud: “Ya, mendoakan rahmat bagi keduanya, memohonkan ampun bagi keduanya, melaksanakan wasiat mereka, menghormati teman mereka, menjalin hubungan dengan kerabat daripada pihak mereka berdua. Inilah yang masih boleh engkau lakukan.”

Sebagai anak, tutur kata dengan bapa sewajarnya sopan dan beradab, tidak mengguriskan hati, malah melayaninya dengan penuh keikhlasan, hormat dan rendah diri.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a, dia berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi bersama seorang tua.

Nabi bertanya: “Siapakah yang bersamamu?” Orang itu menjawab: “Ayahku.” Baginda bersabda: “Jangan berjalan di depannya dan jangan duduk sebelum dia, jangan memanggilnya dengan namanya dan jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain memakinya.” (Hadis riwayat Tabrani)

Menurut Atha’, perkataan lemah-lembut seperti “wahai ayah, wahai ibu” tanpa menyebut namanya.

Ibnul Baddaah at-Tujaibi berkata: “Aku berkata kepada Said Ibnu Masayyab, semua yang ada dalam al-Quran mengenai berbakti kepada kedua ibu bapa sudahku ketahui, kecuali firman-Nya bermaksud: “Dan berkatalah kepada keduanya dengan perkataan yang mulia.” Apakah perkataan yang mulia itu?”

Ibnu Masayyab berkata: “Ia adalah perkataan hamba yang berdosa kepada tuan yang bengis dan keras.”

Begitulah kiasan dalam hubungan interaksi antara anak dan bapa. Tetapi kini ada anak sewenang-wenangnya menengking bapa, memaki hamun, malah sampai menghumbankan bapa ke penjara dan mencederakannya.

Bongkaknya, seperti sudah lupa asal usul.

Ibnu Abbas berkata, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membuat reda kedua orang tuanya di waktu pagi dan petang, dia pun mendapat dua pintu syurga yang terbuka dan jika seorang, satu pintu. Sesiapa di waktu petang dan pagi membuat marah kedua orang tuanya, dia mendapat dua pintu neraka yang terbuka, jika seorang, satu pintu.”

Bapa, walaupun kerap kali berdepan dengan anak bermasalah, tetap bersabar dan menutup aib sehinggalah dia dapat melihat anaknya menjadi orang berguna.

Malah, anak selalu berkira soal makan minum dengan bapanya. Sudahlah wang jarang dikirim, bertanya khabar jauh sekali. Beberapa kali diberi, sudah mula mengungkit itu dan ini.

Satu kisah terjadi pada zaman nabi. Diriwayatkan dengan Isnad bersambung dari Jabir ibn Abdillah r.a, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayahku mengambil hartaku.”

Kemudian Jibril turun kepada Nabi dan berkata: “Allah Azza wajalla menyampaikan salam kepadamu dan berkata kepadamu: “Apabila orang tua itu datang kepadamu, tanyailah dia mengenai sesuatu yang dikatakannya dalam dirinya dan hanya didengar kedua-dua telinganya.”

Ketika orang itu datang, Nabi berkata: “Mengapa puteramu mengeluhkan kamu? Apakah engkau ingin mengambil hartanya?”

Orang tua itu berkata: “Tanyailah dia, ya Rasulullah, apakah aku membelanjakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku?”

Rasulullah berkata: “Janganlah ceritakan hal ini kepada kami. Beritahulah aku mengenai sesuatu yang engkau ucapkan di dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu.”

Orang tua itu berkata: “Demi Allah, wahai Rasulullah, Allah Azza wajalla selalu menambah keyakinan kami kepadamu. Aku sudah mengucapkan sesuatu di dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku.”

Rasulullah berkata: “Katakanlah supaya saya mendengarnya.”

Orang itu berkata: “Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan kubiayai engkau di kala dewasa. Engkau minum daripada rezeki yang aku berikan padamu.
“Bila engkau sakit pada waktu malam aku tidak tidur dan gelisah semalaman suntuk kerana penyakitmu, seakan akulah yang terkena bukannya engkau dengan penyakit yang menimpa orang lain sehingga aku menangis.
“Diriku takut engkau binasa, supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.
“Apabila engkau jadi besar dan mencapai akhir umur, aku pun tidak mengharapkanmu, engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.
“Kiranya bila engkau tidak memelihara hak aku sebagai bapa, engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan. Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku, dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu.”

Ketika itu, Nabi memegang leher baju putera orang itu dan berkata: “Engkau dan hartamu milik ayahmu.”

Tuesday, June 16, 2009

Sikap Yang Baik



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu."

Riwayat Ibnu Abi Dunya

Huraian :

i) Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

ii) Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.

iii) Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.

iv) Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu " Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".

v) Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.

dicopy dari: dakwah2u

Wednesday, June 10, 2009

Indahnya Istiqamah...

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan ' Rabbunaa 'l-Laahu ' kemudian mereka istiqaamah (meneguhkan pendirian), maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan),'Janganlah kalian takut dan janganlah kalian sedih dan bergembiralah dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepada kalian" (QS. Fush-shilat:30)


Langit diatas kita yang terbentang sejauh mata memandang terkadang ia berwarna biru cerah dan terkadang awan-awan berarak-arak menghiasinya, indah dan menyejukkan, namun ia terkadang menghitam gelap menakutkan dan serasa kurang bersahabat. Dan ia adalah ciptaan Allah.....

Demikian pula bumi yang kita injak-injak, kita ludahi, kita penuh sesaki dengan sampah dan kotoran, adakalanya ia begitu indah menawan, menenteramkan hati dan adakalanya pula ia serasa menjauh, menolak kehadiran kita, dan iapun ciptaan Allah juga.....

Mereka adalah diantara ciptaan-ciptaan Allah yang tidak pernah lepas dari orbit kepatuhan, lintasan keta'atan dan posisi kepasrahan.

Alangkah indahnya istiqomah mereka.....

Ketundukan mereka akan peranannya begitu wajar, keta'atan mereka adalah tidak dipaksakan. Tulus...Kita...??? Bagaimana dengan kita...???

Meneguhkan pendirian bahwa Rabb kita adalah Allah dan memelihara konsisten kita sebagai hamba sahaya diantara hamba-hamba Allah lainnya adalah perjuangan yang berat. Dan seringkali ia harus dibayar mahal dengan menitiskan air mata, mengeluarkan keringat dan mengalirkan darah.

Mungkin perjuangan untuk tetap istiqomah harus berakhir dengan hancur remuknya tubuh di tiang salib (Khubaib bin 'Ady), atau dijerumuskan kedalam penggorengan panas yang telah penuh dengan minyak mendidih (Siti Masithoh), atau boleh jadi dengan rosaknya tubuh karena dipanggang dek panas matahari, dihentam habis-habisan dan ditusuk dengan tombak dari pangkal peha hingga ujung kepala (Sumaiyyah).

Namun....Mereka telah merasakan semerbaknya pengorbanan dan memetik buahnya yang ranum dan wangi. Mereka telah mereguk telaga kebahagiaan dan meraih kenyamanan taman syurgawi yang keni'matannya tak mungkin tertandingi oleh kehidupan kita sekarang.

Lantas, bagaimana kita...?

Rasanya ketika diperintah oleh RasululLaah SAW untuk "Amantu bi 'l-Laahi, tsumma 'staqim", maka sikap kita mungkin akan sama seperti Sufyaan bin 'Abdi 'l-Laahi iaitu dengan statement ini kita akan sibuk dan terlalu sibuk untuk tetap berupaya istiqomah dengan keimanan kita.

Pernyataan keimanan itu memerlukan penjelmaan, meminta bukti dan menuntut 'amal sholih. Memang pembuktian itu tidak harus selalu identik dengan kekerasan,keterlaluan atau penyiksaan bahkan pembunuhan, namun kalaupun itu terjadi maka sudah sewajarnyalah kita menerimanya dan meni'mati pengorbanan itu.

Pengorbanan (At-Tadhhiyyah) adalah hak setiap muslim. Setiap muslim sudah sewajarnya menuntut hak dirinya dan merelakan tubuhnya menjadi bukti pengorbanannya dalam rangka istiqomah dengan keimanannya kepada Allah SWT yang mencipta, memberi rezeqi sekaligus membeli setiap diri kita.

Istiqomah merupakan bukti tekad untuk tetap berjalan fii Sabiili 'l-Laah serta perwujudan akhlaqu 'l-kariimah. Ia adalah konsisten, resisten dan persisten.

Alangkah indahnya jika kita dapat mengakhiri kehidupan yang penuh sandiwara dan fatamorgana ini dengan istiqomah di jalanNya. Jalan yang telah ditempuh oleh para Nabi dan Rasul, para Shiddiqqiin (golongan yang jujur dengan syahadahnya), para Shoolihiin (golongan orang-orang yang sholih dan senantiasa menebar kesholihan) dan penerus-penerusnya. Jalan yang menurut budak-budak nafsu dan hamba-hamba syaitan adalah jalan yang penuh onak duri, menyengsarakan, dan bodoh, namun...

Menurut kami ia adalah satu-satunya jalan yang menghantarkan kami kepada mardhoti 'l-Laah, jannahNya dan sudah pasti jalan yang indah...

"Diantara orang-orang yang beriman ada orang-orang benar dengan janjinya kepada Allah. Diantara mereka ada yang telah menunaikan janjinya (menemui syahidnya) dan diantara mereka ada yang masih menunggu-nunggu (untuk menemui syahidnya) dan sama sekali mereka tidak mengubah janjinya." (QS. Al-Ahzab:23)

Alangkah indahnya istiqomah itu... Wa 'l-Laahu a'lam bi 'sh-Showaab

Monday, June 8, 2009

Aku Kangen Banget Sama Nenek..:’(


Tetibe je terasa sayu, sedih sangat2..setelah sekian lama ditinggalkan nenek tersayang dari tahun 2004 hingga sekarang, pemergiannya takkan kembali lagi.
Sang Maha Pencipta menjemputnya lebih duluan dariku, itulah lumrah kehidupan
setiap yang hidup pasti akan mati, begitu juga, setiap permulaan mesti ada pengakhiran.

"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."

Teringat kembali masa dulu2, nenek tempatku meluahkan rasa meluahkan segala. Hari ini tiada tempat untukku berbicara seperti bicara ku kepada nenek. Kenangan masa lalu ketika bersama nenek masih segar di ingatan. Pernah dulu nenek berpesan supaya jaga diri baik2 dan berhati-hati dalam mengemudi masa depan agar tidak tersasar laluan. Kekayaan harta bukan laa segala-galanya dalm dunia ini tapi yang penting mewah dengan budi pekerti dan kaya dengan akhlak terpuji.

Sudah menjadi naluri manusia akan kerinduan andai ditinggalkan, tambahan pula pemergian yang takkan kembali untuk selamanya.
Semoga Rohmu dicucuri rahmat & hanya doa serta fatihah yang mampu kuhadiahkan padamu nenekku..
Aku sentiasa merinduimu..cucumu..

Teringat kata2 teman:
“Lebih baik mengingati mati, mengenang dosa2 lalu& bertaubat kepadaNya..”
Itu yang terbaik untukku. Akan kuabadikan setiap kenangan di dalam memori..

Bicara kasih



Suatu hari dimakammu nenda,

Teringat aku kata-katamu,

Berhati-hati apabila tiba waktu manusia membenci

Jauhkan diri hilang bicara kasih hati

Tuhan juga tidak menyanyangi



Kita manusia miliki kebebasan

Kumpul dosa atau pahala

Pilih kiri atau kanan

Setan atau malaikat

Hayati siang atau malam



Kita makhluk sempurna

Bebas merdeka

Punyai akal fikiran

Hati budi dan rasa

Jangan jadi mereka

Jadilah diri kita

Kita manusia

Dunia hak kita



Aku termanggu, oh Tuhanku

Betapakah rupa bicara kasih-Mu



Oh, tetapi Tuhanku

Dunia Kau berikan kepadaku

Tidak sama akhirat milik-Mu

Segala sesuatu adalah HAK-MU