Tuesday, March 23, 2010

Ukhuwwah kita untuk selamanya



2 hari Sebelum keberangkatan ku ke Malaysia, sudah ada kawan Acehku yang datang untuk mengucapkan selamat pulang.

Nia datang bersama kado2nya, selepas asar dia sampai ke rumah, cantik hadiah tu Nia, Hana ucapkan terima kasih banyak2, Hana takde bagi apa2 untuk Nia cuma keikhlasan dan kejujuran dalam prsahabatan inilah hana hadiahkan untuk Nia, kalau kangen sama Hana tengok aja foto Hana yer, kan udah kasi foto tu, ..:-) walaupun foto tak seperti di alam nyata tapi itulah yang mampu Hana berikan. Semoga Nia suka. Pertemuan yang tak disangka dan tak dirancang hanya bertemu di atas DAMRI (bas), membawa sejuta makna.

Keesokkan harinya plak Mehran datang sambil mengambil form penyerahan skripsi, sedih sebenarnya mahu berpisah dengan semua, tapi itulah realiti yang harus diterima, setiap pertemuan mesti adanya perpisahan, setiap permulaan mesti ada pengakhirnya, begitu juga yang bernyawa berakhir dengan kematian.

Hari terakhir keberangkatan Ima dan Liana sampai..Ima juga ada hadiah, terharu dech.. Liana datang dh lewat, hampir maghrib..hehhhe..maafkan akak yer dik, bukan tak nak bgtahuu tapi sibuk yang tak menentu tu yang tak sempat hendak bagthuu, jangan marah lagi yer.




Marah kali Liana, maklumla terlupa nk bgthu dia yang esok dh nk pulang kampong. Marahnye bukan main lagi, taknk bg pulang. Nak tak nak Akak trpaksa pulang sebab visa dan pengajian akak di sini dh tamat dik.

Sms Fitri dari Kalimantan juga mengiringi langkah kepulanganku. Terima Kasih semua kerana menghargai persabahatan dari seorang teman dari perantauan. Ku hanya menumpang kasih di tempat kalian, nanti jangan lupa yer kalau nak ke Malaysia bagitahuu aja, aku akan luangkan sedikit masa menemui mu lagi.

Walaupun semuanya dah tamat, tak bermakna ukhuwwah yang kita jalinkan juga akan berhenti di sini. Ya Allah, Tabahkan hati hamba-Mu ini dalam menghadapi liku2 kehidupan yang penuh dengan mehnah dan cabaran.

Kalau nak diceritakan kisah perkenalan kami memang ssetngah tak masuk akal tapi tu laa realiti, Walaupun tak pernah bertatap wajah tapi kami sering berhubung melalui sms dan boleh bersahabat. Bertemu dan berpisah kami kerana Allah. Terima Kasih Allah, kerana mempertemukan kami.

"orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." (Al-Hujuraat:10)

UKHUWWAH ibarat 1 janji dalam hati,
Tidak dapat ditulis,
Tidak bisa dibaca,
Namun takkan terpisah oleh jarak,
Tidak berubah oleh masa
Takkan sirna oleh amarah,
Sedetik di mata, selamanya di jiwa,
Jadikan UKHUWWAH yang terbina kenangan yang terindah antara kita.
Kadang2 Allah biarkan kita berjauhan,
Tapi dia datangkan pula KASIH SAYANG,
Puas kita menangis, betapa jauhnya kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita SEBUAH KERINDUAN,
Terima kasih ya Allah,
Alhamdulillah kini ku mengerti dan memahami.



No comments:

Post a Comment