Saturday, January 2, 2010

Mari berbahagia dengan Islam


Apakah kita dilarang untuk bergembira. Tidak.. bahkan, jika betul caranya, gembira kita akan menjadi ibadah.

Islam tidak pernah melarang umatnya berhibur, bersolek, mencari harta, bergaul, belajar, berbelanja dan sebagainya. Tetapi apa yang Islam ajar adalah supaya kita melaksanakan semua itu mengikut lunas-lunas agama Islam.

Apa juga yang umat Islam buat ada panduan yang perlu diikut. Ini supaya kehidupan kita lebih selamat dan lebih teratur serta dapat membezakan di antara kehidupan orang Islam dan orang kafir. Dan yang paling penting ialah agar kita mendapat keredhaan Allah.


Islam meraikan perasaan gambira yang ada pada manusia. Manusia boleh gembira. Cuma cara kita gembira perlu kita selaraskan mengikut apa yang telah Islam ajarkan.


Islam merupakan tunjuk ajar untuk kita lebih bahagia. Ini kerana tidak semua kebahagiaan dapat kita kecapi dengan cara yang difikirkan akal.


Berapa ramai orang yang mencari bahagia dengan akal akhirnya menjadi gila dan hilang kebahagiaan. Ada yang membunuh diri, ada yang hilang ketenangan. Kita boleh melihat, berapa ramai penghibur yang tidak terhibur jiwanya. Dia menghiburkan orang lain, diri sendiri pun tidak terhibur.


Oleh yang demikian, tidak rugi kita mengikut agama. Kadang kala ajarannya seolah-oleh berat untuk diamalkan tetapi setelah diamal terasa hikmahnya.

"betulkanlah yang biasa dan biasakanlah yang betul"...

DiCopy Paste dari Ustaz Amin

No comments:

Post a Comment