Sunday, November 22, 2009

Pagi Yang Indah..Subhanallah (“,)

Alunan zikir pagi mendayu2 dari celahan sound laptop..syahdu..menusuk jiwa yang kekosongan, menenangkan hati yang memahami, penuh dengan puji2an kepada Ilahi Rabbul Izzati.. merenung sambil mendalami makna2 yang tersirat dan tersurat dari sebuah zikir, Ya Allah mendamaikan jiwa yang kesunyian.. Syukur Alhmdulillah kita masih lagi berkesempatan untuk mengecapi dunia fana ini :-)


Pagi2 lagi terpaksa ke terminal L 300 untuk menghntar seorang teman pulang ke tmpat KPM di Tiro setelah 3hri melepaskn rindu bersama “ahlul ghurfah”, kata teman L300 hanya berhenti di Bereunun dan untuk ke Tiro plak terpaksa naik beca..tapi apa2 pun Alhmdulillah dapat merasa cemna kehidupan orang Tiro..




Sambil2 menunggu L 300, salah seorang dari kami bertiga memberi cadangan untuk melihat “bebek“ di dalam air di bawah jambatan LamYong.. idea yang diberikan tidak kami tolak, kami menerima baik setiap cadangan dan pandangan. Sekiranya tidak bersetuju kami akan memberitahu dengan alasan yang enak didengar supaya tidak menguris hati. Itulah adab berkawan. Semuanya perlu diambil kira, kita bersahabat bukan kerana harta kerana harta akan habis bila2 masa apabila digunakan, kita juga bukan berkawan atas dasar rupa, kerna rupa akan berkedut juga pada usia tua, tapi kita jalinkan persahabtan atas dasar keikhlasan dan kejujuran..Kita Bertemu dan Berpisah hanya kerana Allah.


Sebelum mengorak langkah ke bawah sana, kami sempat membeli buah rambutan dekat pasar, bekalan perjalanan laa katakan..biarpun hanya sekejap tapi kemanisan bersama memang indah terasa. Macam2 perkara dibualkan..sedar tak sedar ada sekumpulan lembu menyerbu..alahai, kami menceroboh kawasan diorng ke?? Maaflah lembu, kami nk bersiar jee..



patutlah dalam perjalanan td ada tompok2 tahi lembu..:-) taman rekreasi pun ada lembu juga yang bersiar2..nasib laa..semuanya Makhluk ciptaan Allah, ada hak untuk menikmati keindahan alam. :-)


Hampir masa yang dijanjikan kami kembali ke terminal L 300 supaya tidak menyushkan orng lain menunggu kita so kita kenalah tepati masa. Sebelum berangkat kami bersalam-salaman semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju, semoga Allah menyelamatkan mu dari segala bahana dunia..Amien..ada masa, ada peluang insyaAllah sampailah kami ke sana plak, melawat sambil memerhati kawsan Tiro yaitu sebhagian dari Nanggroe Aceh Darussalam.

Saturday, November 14, 2009

Pulang Ke Kampung Bak Cirih


السلام عليكم ورحمة الله
Pembuka bicara, hati girang tidak terkira, bertemu mak angkat yang selama ini jauh di mata..ternyata hari ini dapat bertemu semula..Alhmdulillah ku panjatkan kepada ALLAH yang Maha Esa..

Sudah lama merancang tapi tiada kesempatan..almaklum laaa, masing2 ada urusan yang perlu disiapkan. Semenjak pulang dari Malaysia tanggal 14 oktober yang lalu, tidak ada masa yang terluang dan peluang untuk menziarahi keluarga angkat semasa berlangsungnya KPM selama 45hari di kecamatan Montasik. Walaupun tidak jauh, tapi hari2 banyak urusan yang perlu diselesaikan, bukan sibuk pun tpi meyibuk je urusannya..heheehe..

Hampir jam 10pagi bertolak dari Darussalam ke Simpang Lima, dari Simpang Lima terus ke Lambaro dan ke Montasik.. Kerana tidak biasa dengan jalan2 yang berliku-liku, bengkang bengkok kek ular kena palu, mataku asyik memandang ke luar tingkap Labi2, takut2 tersalah arah dan laluan, jwabnyee ke lain laa kami bertiga.. nasib tak juling mataku..:-)

Setibanya di Bak Cirih, kami lihat kampung sunyi sepi je mcm takde orng..mula-mula tengok rumah Pak Keuchik, senyap je..kami memandang sesama sendiri.. kemana semua orng menghilang yer..langkah diteruskan, rumah yang kedua plak kami intai, ada orang rupanya rumah bidan PUKESMAS ni, dipeluknya kami..dibilangnya ketemu lagi kita..iya2 laa kami jawab masakan tidak ketemu ..ngomong Indonesia gitu..hehehe..

Kami mengorak langkah dengan laju sedikit agar cepat ketemu dengan mama..dalam perjalanan berjumpa plak dengan Kak Nor, ibu yang membuat sulaman tu..dibilangnya ada kenduri rumah dekat meunasah tu, kenduri menyambut Dara Baroe..(langkah kaki kanan tuu)..lepas tu diajaknya kami ke sana..mula2 tu segan laa juga, maklum laa tuan rumah tak jemput tapi kak nor cakap kami pun sebagian dari Bak Cirih, so apa lagi kami pun jalan laaa...lagi plak mama duk kat sana...takde orang kat rumah..

sampai di meunasah anak2 yang kami ajarin dulu bersorak2 tengok kami bertiga..alahai, malu kami sementara waktu..di simpang2 jalan ada pamplet kg, (senyum sendirian) maklumlaaa anak2 KPM yang buat..(biarlah tak pernah sentuh pun, mngaku ajalah)..

setibanya di tempat kenduri, jumpa laa dengan makcik2, akak2 pendek kata orang kampung laa..Ya Allah, bukan main suka lagi diorng, terharu kami..dipeluknya sampai tudung kami sedikit kotor dan sedikit basah2, maklumlaa ada yang bru siap makan nasi tak sempat basuh tangan agaknya, takpun basuh tak cuci..hehehe..bukan mengata tapi realiti..nak buat cmne, kami terima seadanya..kehadiran kami disambut seolah2 kamilah Dara Baro tuu..hehehe..seronok bukan main diorng dapat jumpa kami, maklum laa kami orang Malaysia..tapi kami tak kira semua tu, kami anggap diorng mcm saudara sendiri..walaupun hanya 45hri mengenali..kami sangt2 gembira dapat berkenalan dengan kalian penduduk Bak Cirih...di Lubuk hati kami, tidak terdetik pun tentang negara..kamu semualah yang membantu, menolong segala urusan sepanjang kami di sana. Semuanya Ketentuan Dari Rabbul Izzati.. Terima kasih atas segalanya. Akan ku abadikan setiap kenangan bersamamu di dalam memori hatiku.

Mama keluar dari dapur menyambut kami,“buah hatiku datang“ itulah ungkapan pertama mama apabila jumpa kami, lagilah terharu kami bertiga dibuatnya..lepas tu mama suruh makan..lepas makan kami pun pulang ke rumah mama..

Lepas solat zohor kami minta izin untuk pulang..bukan terus pulang tapi nk singgah rumah Kak Nor nk tempah Kain Telekung..lepas tu plak nk ke rumah ibu Keuchik..kata mama, biarlah mama hantar kt pintu pagar aja..tapi lepas kami bersalamn dengan mama, dia bertukar fikiran plak, hantar terus kami ke rumah Kak Nor..mama tak mau berpisah dengan kami yer..ku mengusik, mama hanya senyum, terus dia genggam erat tanganku, tak berani lagi ku nk bersuara, sampailah di rumah Kak Nor,.

Selesai solat Asar di rumah Ibu Keuchik kami pun pulang.. mama titipkan salam buat anak2nya yang gak datang..

Walaupun hanya menumpang selama 45 hari, kami dianggap seperti anak kandung dan sebagian dari penduduk kampung..Terima Kasih ku ucapkan, tidak mampu ku balas jasa kalian.. Ukhuwwah yang terjalin bukan hanya 45hri je tpi untuk selama2nya..:-)

Thursday, November 5, 2009

Hikayat Cinta




Bismillah itu moleknya yang diutama.... hayat berceritera.....

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya... Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya... “Yang paling tahu hanya Allah..” Mak merenung dalam-dalam wajah anaknya... “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya... “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah... Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah...” Mak menyambung lagi, “Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan...
Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah... Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini... Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi... Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” Mak berhenti seketika... Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi... Emak buat-buat tidak nampak...


Secret Admire...

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire... Rajin betul dia hantar surat... Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal... Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur... Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai... Mak nak belajar sungguh-sungguh... Lama budak tu tunggu mak... Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak... Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu...” Mak merenung jauh... Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak...

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke..?” Saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak... Emak ketawa kecil... “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu... Mak takut pada Allah... Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain... Mak, seperti kakak...” Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya... Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya...

“Mak anak ustaz ustazah... Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat... Tok wan mak, kiyai... Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong... Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung... Mak membawa imej agama... Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran Mak Aji... Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya... Zaman tudung nipis dan nampak jambul... Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung... Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan... Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya...” Emak melemparkan pandangan ke lantai... “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian... Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami... Dia suruh kami teruskan...” sambung emak... Ada getar di hujung suara emak... Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya... Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu...

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak... Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak... Mak ayah berdosa tak..? Dan maruah pembawa agama terjejas tak..? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama... Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat... Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak...” mak menelan air liurnya... Saya diam... Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya...


Adakah Ia Suatu Diskriminasi..?

“Kakak... Jatuh cinta perkara biasa... Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu... Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni... Tetapi kita kena ingat... Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai... Bercouple mungkin... Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali... Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya...” Tiba-tiba air mata saya mengalir... Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak... Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil... Dia tak pernah menzalimi hambaNya... Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri... Sebabnya hamba tu degil... Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia... Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya...

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri... Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia... Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya... Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan... Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin... Lalu kita jatuh hati padanya... Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain... Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus... Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah... Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah... Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya...” emak berhenti seketika...

Bukan Luar Biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini... “Kakak... jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa... Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain... Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang... Ada orang tukar pasangan macam tukar baju... Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia... Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia... Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah... Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata...”

“Kakak... Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita... Kita tak mampu untuk mengawalnya... Hanya Allah yang boleh memegangnya... Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah... Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita... Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta... Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah... Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia... Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh, cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti...”

Redha

“Kakak... Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha... Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci... Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah... Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing... Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia... Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak... Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur...” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun... Terasa lemah lutut hendak berdiri...

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat... Pelukan emak sangat-sangat kuat... “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah... Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara...” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...

-tammat-