Thursday, July 9, 2009

Ya Allah, Panjangkan Umur Temanku….Amin Ya Rabbal 'Alamin


Perancangan yang tidak dirancang hanya lintasan di fikiran dan muafakat “ghurfatain” maka terhasillah 1 jamuan makan malam “jamuan kesyukuran” sempena Hari Lahir Seorang Rakan Seperjuangan merangkap Teman sefakultas. Mee kari jadi pilhan hati. bestnyee mee kari..nyam3.. :-)

Semalam genaplah umurnya 24 tahun 1 hari, walaupun terlewat 1 hari tapi ianya amat indah untuk dirai bersama,

Allah selamatkan kamu 3x
Allah selamatkan sahabat kami,
Allah selamatkn kamu.

Berselera semuanya makan, sehingga semuanya tunduk tak angkat kepala maklumlaa mee kari tu sedap sangat.Alhamdulillah.. Mula-mula sebelum makan kecoh tak terkawal lepas dapat makan semua diam membisu tanpa kata. Kelu lidah pekena mee kari power made in Malaysia..hehehee..:-)
mee karii "koi orang pahang"
banyaknyee dia makan
hehehehe


(habis 1 periuk kari)
Alhamdulillah





Setelah hampir selesai menjamu selera tiba-tiba mati lampu “letrik mati” laa plak, maka makan malam kami menjadi semakin romantic “candle light dinner”, begitulah berakhirnya makan malam kami bercahayakan cahaya lilin.

Ucapanku untukmu teman:

Kepada Kak Dhe “Jijah”,
Selamat Hari Lahir yang ke 24,
Semoga dipanjangkan Umur dan Murah Rezeki,
Jadilah kamu manusia yang pada kelahiranmu semua orang tertawa bahagia,
tetapi hanya kamu sendiri yang menangis;
dan pada kematianmu semua orang menangis sedih,
tetapi hanya kamu sendiri yang tersenyum.
Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas,
walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.

1 comment:

  1. Salam..

    Kelihatan lazat..tergecir air liur tatkala puasa siang2 begini..akan di cari untuk juadah berbuka maghrib kelak...

    ReplyDelete