Tuesday, October 27, 2009

Kau Dan Aku


Demi satu kewajipan

Kita tidak akan berjauhan

Meskipun aku bersendirian

Kerana sinar ini sudah cukup terang

Sebagai tanda kebenaran


Dalam apa jua peringkat

Antara hukum dan tugas itu adalah dari-Mu

Hingga aku terikat

Dalam peristiwa yang berlaku

Yang memakinkan diri

Ke batin nan suci

Ke makam nan tinggi


Makin ke mulia diri

Pula semakin ku rasa

Menjadi hamba

Dan taqwa

Kerana aku adalah hamba-Mu

Adalah makhluk-Mu

Perintah itu adalah perintah-Mu


Kau dan aku

Bila ku terniat mahu ingkar pada-Mu

Teringat aku keagungan-Mu

Maka aku berasa malu.

No comments:

Post a Comment