Di sinilah aku bermula...
belajar utk menerima sesuatu kepahitan...
belajar utk menerima sebuah kehilangan...
belajar utk memaafkan sesuatu kesalahan...
belajar utk tidak melukai...belajar utk membuat org gembira...semuanya perlu bermula dengan belajar...kerna tiada manusia yang sempurna tnpa semua kekurangan...menangis itu perlu tapi ia bukan satu keperluan
Adam, Berpegang teguhlah kalian di jalan Allah, dengan kegagahan kalian mampu mempertahankn Ad-Din Allah, jihad fi sabilillah, jangan sesekali mempertaruhkan nyawamu ke arah kebinasaan, sesungguhnya amat besar kerugian bagi kaummu yang mempunyai kelebihan dan kudrat yang kuat berbanding kaum hawa. Jadikan kekuatanmu sebagai benteng pertahanan bagi kaum hawa dan anak2 kecil untuk berlindung.
Adam, engkau pemimpin bagi kaum hawa, tidak bererti engkau boleh memilikinya dengan sesenang hati tanpa langkah dan aturan, tidak sesenang A B C, tidak juga semudah 1 2 3, tidaklah segampang أ ب ت ingtkah lagi kalian tentang ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad SAW, kalau sudah berkenan di hati, buatlah istikharah kemudian masuklah meminang, lepas itu akad, yaitu syarat yang membolehkan kalian memilikinya, dari yang haram kepada yang halal, itulah jalan yang diajar oleh agama kita. kalau dia sudah di takdirkan untukmu takkn lari gunung dikejar, tapi kalau dia tidak diciptakan untukmu takkan dapat walaupun dalam genggaman. Tundukkan pandanganmu.
Adam, Cintailah Allah, sesungguhnya engkau akan memperolehi cinta seseorang yang mencintai Allah. Hiasilah peribadimu dengan ketakwaan, kewarakkan dan kewibawaan sebagai seorang pemimpin, Janganlah engkau menghiasi dirimu dengan kesibukan yang tiada matlamat, keegoan yang tiada karisma dan kedegilan yang tiada erti. Percayakah kalian seandainya aku mengatakan bahwa egoismu akan hilang dek kerana wanita??.
Adam, Berpegang teguhlah kalian di jalan Allah, semoga kalian akan dapat mencapai Mardhatillah. Ciptakan kepribadianmu dengan ilmu pengetahuan, halusi tingkah lakumu dengan kesopanan, jadikan dirimu manusia yang berwawasan.. Semoga terserlah kepimpinan kaummu di medan pahlawan. Kerana dirimu insan pilihan. Jangan dirimu tewas di lapangan pengorbanan, kerna perjuangan itu memerlukan pengorban ya akhi. Di bahumu terpikul bebanan dakwah Islami.
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...
HAWA,
Andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...
HAWA,
Lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu HAWA,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
HAWA,
Cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..
“ Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. ”
Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali :
“ Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Umar dan Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. soalan yang sama iaitu :
“ Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? "
Nabi menjawab :
“ Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian."
Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan Nabi s.a.w. , minta sesuatu yang baik kepada mereka, Nabi s.a.w. menjawab :
“ Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt. ”
Maka topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari, yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau secara logiknya, ahli syurga seolah tidak perlu kepada pengampunan dosa daripada Allah s.w.t. kerana mereka sudah dijamin masuk syurga, namun tidak, Nabi s.a.w. masih menekankan supaya meminta Allah untuk mengampunkan dosa.
Memang benarlah firasat seorang Nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari arah Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni. Dengan pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Nabi s.a.w. maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang kurang berakal.
Siapakah Uwais Al-Qarni?
Asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya “ Haudat ”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.
Ibu Uwais semakin uzur hari demi hari dan berkata kepada anaknya pada suatu hari :
“ Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji. ”
Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dirinya gila.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas lapan bulan, telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya :
“ Uwais, apa yang kamu doa sepanjang kamu berada di Mekah? ”
Uwais menjawab :
“ Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi :
“ Bagaimana pula dengan dosa kamu? ”
Uwais menjawab :
“ Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga. "
Ibunya berkata lagi :
“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini. "
Uwais berkata :
“ Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala. "
Ibunya menambah :
“ Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa. "
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa :
“ Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit. ”
Allah s.w.t. menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Nabi s.a.w. kepada Umar dan Ali.
" Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni. "
Tidak lama kemudian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. , mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah swt. mengampunkan semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata :
“ Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. "
Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Sejak dari pagi lagi ku keluar dari rumah, petang baru pulang..jadi perkembangan di sekitar rumah untuk masa seharian hari nii tak tahu sangat laa..2, 3 minit sampai di rumah, peluh pun belum kering lagi, diterjah seorang teman dibilangnya pertandingan memasak hari tu dapat juara satu..tindakan yang tidak dapat di kawal lagi, kaki pantas mengatur langkah, terus ku mencari dan bertemu si juara, ucapan tahniah ku berikan untukmu sahabatku..:-)
Lupa plak hr ni tanggal 12/12, memang hri ni hari pengumuman pertandingan memasak hri tu, sempena Tarbiyah Fair baru2 nii..maafkan aku..kadang2 lupa, kadang2 ingat..biasalah manusia, tak mampu ingt semua benda..tapi ada usaha untuk mengingati sesuatu perkara..Alhamdulillah..(“,)
Penat yang td baru terasa kembali, rehat seketika untuk menghilangkan rasa keletihan..kangen bangat sama laptop..Laptop yang ditinggalkan dr pg td diambil untuk menaip apa yang terjadi hr nii..hari ni dalam sejarah..hehehe..biarlah bukn aku yang menyertai pertandingan tu..tapi tu laa kn, tuan empunya juara takde apa2 aku plak yang lebih2, maklumlah nak masuk pertandingan memasak tak reti nak masak, setakat masak air boleh laa..lebih2 tak pandai..:-)
Untukmu Juara,
Tahniah ku ucapkan padamu bertiga..
Usaha kalian dapat hasilnya,
Walaupun menunggu begitu lama,
sekarang penungguan itu terjawab jua..
Walaupun aku hanya pemerhati semata2,
Tapi aku jga ada deria rasa,
Gembira tatkala menjadi juara,
Untukmu juara,
Ukhuwwah kita untuk selamanya
Suka bersama, duka juga tetap ada..
Itulah piala untuk dikongsi bersama..
Kenangan sampai bila2.
Di bumi Aceh tercipta segalanya.
p/s: haruman mewangi nama Mahasiswa Malaysia di bumi Aceh..hebat juga muslimat kita masak..jangan pandang sebelah mata tau..
Semenjak 2 menjak nii, kemana2 je pergi mesti soalan yang sama diajukan..asal je jumpa, itulh persoalan yang mula2 ditanya, soalan bocor tu, dah dapat agak dah soalan tu..soalan famous laa katakan..macam dalam dunia ni, manusia semuanya sehati sejiwa..
Asal je jumpa sape2 dan kat mana2 mesti persoalan pertama disoalnya “bila nak sidang??”..tak tanya plak dah siap skripsi ke belum??..niat hati nak je jawb.. “hari ni juga nak sidang, walaupun tak siap semuanya lagi”..power tu, tak siap pun bleh sidang..maklumlaa pak dosen sayang lebih..HeHeHe
Memang tak dinafikan sekarang musim ujian komprehensif dan juga persidangan skripsi..setakat hari ni, 3 orang muslimat dan seorang muslimin telah lulus dan layak untuk bergraduat..dengar kata minggu depan ada 2 atau 3 orang lagi yang akan bersidang..asyik orang je, kita bila lagi..:-(
Nak seribu daya mahu seribu cara..Ayuh bangunlah jgn terlena lagi..Pantang maut sebelum ajal..jangan mengalah sebelum berjuang..buktikan pada diri sendiri yang kita mampu lakukan seperti orang lain, bahkan lebih baik lgi..insyaAllah..:-)
p/s: siap cepat bleh balik Malysia cepat..hehehe..Ayuh semua kita bereskan apa yang tak beres lagi..All The Best..Bittaufiq Wannajah.. :-)
Tidak terlambat rasanya untuk diri ini mengucapkan ucapan selamat mengakhiri zaman bujang kepada Ust. Dzulkhairi dan Isteri, Ukth. Raihana..semoga setiap detik yang dilalui dalam melayari bahtera kehidupn baru di sinari cahaya keredhaan dan keimanan...amien..:-)
Sulamlah ikatan yang terbina dengan bebunga keikhlasan dan secangkir keimanan agar pintalannya kukuh tidak terlerai...Mudah2an hidupmu di lindungi dan di berkati Allah selalu dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah yang mampu menerajui dunia perjuangan dan dakwah di jalan Allah, demi Islam tercinta.
Puisi ini merupakn luahan hati seorang suami pejuang untuk isterinya yang tercinta....
poem ini untuk para aktifis Islam di manapun berada. Jangan pernah meninggalkan perjuangan di jalan Allah. Betapa seluruh hajat hidup seharusnya bertumpu pada kepentingan perjuangan di jalan Allah termasuk menikah, berkeluarga, bersuami isteri. Inilah tren pernikahan yang seharusnya kita pertahankan. Wallahu a'lam..
Buat manusia istimewa dalam hidup ini... dan juga isteri-isteri pejuang... serta bakal isteri seorang pejuang
Isteriku.... Apabila kusentuh telapak tanganmu... Saat kuusap dan kurasakan guratannya, Kudapatkan parutan kasar dan semakin kasar.... Dan ketika kupandangi wajahmu.... Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu... Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat.... Ketika kutersentak dari pembaringan di kala fajar kadzib menyingsing... Aku terpana dengan munajatmu yang syahdu.
Isteriku... Tatkala teman-temanmu tengah bersantai, happy fun.... Di keramaian dunia ciptaan mereka... Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu.... Hanya untuk Islam dan keagungan muslimin... Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti... Pelbagai hiasan yang indah... Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan emas berlian... Pakaian-pakaian anggun bak puteri kayangan... Wajah mereka dibaluri pelbagai warna dan jenama... Kau umpama ladang ummah... Kau menginfaqkan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam... Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta maupun mengadu domba... Tatkala mereka berlomba-lomba mengejar pangkat dan nama... Kau sibuk menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa...
Isteriku.... Bukan aku tidak mampu membelikan benda dan hiasan-hiasan tersebut... Tetapi isteriku... Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk kujadikan isteri dan penghuni kamar hatiku.... Kau melafazkan satu tuntutan, "Saya siap mendampingi perjuangan ini bersama akhi tetapi dengan syarat..." Sambil tersenyum kau menghela nafas dalam-dalam....Aku termangu sendirian... Syarat apakah itu? Bungalow kah? Hamparan tanah berhektar-hektar kah? Mobil mewahkah? Intan berliankah? Pakaian sutera yang high class? Perabot mahal dari Itali kah?... Atau honeymoon di Paris ?.. Lama kau mengumpulkan kekuatan untuk sekedar berkata...
Akhirnya... Arghhh... Permintaanmu itu... Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita... Aku tergugu, haru dan bangga... Dengan penuh keyakinan kau berkata..
"Akhi , Mampukah akhi menjadikan saya sebagai isteri yang kedua ?.... Mampukah akhi menjadikan Islam sebagai isteri pertama yang lebih memerlukan perhatian?... Mampukah akhi meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuk urusan-urusan dunia?... Mampukah akhi menjual diri semata-mata karena Islam?.. Mampukah akhi berkorban meninggalkan kelezatan dunia?... Mampukah akhi menjadikan Islam laksana bara api.... Akhi perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...
Mampukah akhi menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam.. Bukannya seperti lampu pijar yang bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bila tidak.... Mampukah akhi mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada anda karena perjuangan anda.... Dan...mampukah akhi menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanja dengan fatamorgana dunia?...
Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku... Namun aku menerima syarat-syarat tersebut karena aku tahu.. Jiwamu kosong dari syurga dunia... Karena aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu.. Bukannya kau yang diubah oleh dunia...
Isteriku.. Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita... Susah senang kita tempuh bersama... Aku terharu dengan segala kebaikanmu... Kau jaga akhlakmu... Kau pelihara maruahmu selaku muslimah... Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan demi tugasku menegakkan Islam ke persada agung.... Kau jua sanggup mengekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam.... Malah kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus tsabat di pentas perjuangan ini.... Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan keharuman kemenangan...
Isteriku.. Tangkasnya engkau selaku isteri... Biarpun kau jua sibuk bersama mengorbankan tenaga dalam perjuanganku ini.. Kau jaga relasi kita dengan indahnya... Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang.... Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu.... Cekalnya engkau mendidik anak-anak... Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul saw, para sahabat yang mulia serta para pejuang Islam... Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah... Kau asuh mereka hidup dengan Al Quran... Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelang imtihan...
Isteriku... Barangkali inilah pelajaran dari ustadzah Zainab Al Ghazali... Tangan yang mengayun buaian dapat mengguncang dunia... Kau beri didikan dua generasi sekaligus, generasi kini dan generasi kan datang Suamimu dan anak-anakmu dengan MAHABBAH Andai ibunda Khadijah Al Kubra masih ada.. Pasti beliau tersenyum bangga karena masih ada srikandi Islam... SEPERTIMU....WAHAI ISTERIKU..
Syukur Alhmdulillah..pg ini air kelihatan dah semakin surut.
Setelah semalaman penghuni Vila 50 kerunsingan kerana hujan seharian turun tanpa henti-henti menyebabkan air di sekeliling rumah semakin naik. Begitu pantas, Air menjadi semakin banyak hinggakan anak tangga yang pertama sudah ditenggelami air.
Selang beberapa minit kemudian, lantai yang berada di pintu belakang sudah dinaiki air, tunggu masa dan ketika nk masuk dalam rumah je, walaupun tak dipelawa. Keadaan di ruang tamu menjadi riuh rendah seketika setelah air naik dengan sekelip mata.
Penghuni2 Vila 50 yang sngt prihatin dengan keadaan sekitar, mengemas sikit demi sikit barang2 untuk di letakkan di tempat yang lebih tinggi.
Menerjah plak ke ruang kamar, di setiap tepi2 tingkap ada bermacam2 binatang yang hinggap, mengayap, berjalan..fuh, sekali tengok mcm zoo penternakan binatang liar. Terkejutku seketika dengan tindakan ganas seekor siput yang berusaha memnjat tinggkap untuk masuk ke dalam kamar. Nasib laa my roommate nii seorng yang bleh dikatakan geliga juga laa..disuruhnya aku buat perahu kecil untuk siput tu..nasib laa aku nii jenis yang tak suka membantah, سمعنا وأطعنا ..tanpa melengahkn masa, pantas bergerak maka jadilah perhu kecil untuk si siput..
Selamat Tinggal siput, semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju..insyaAllah ada masa, ada ketika, diberi umur yang panjang bertemu lagi kita..:-) ni laa pertama kali menjadi mangsa bnjir untuk masa 1 hri..tak sampai 1 hari pun setengah hari je laa kot..:-)
"Jangan biarkan perahu hanyut tak ber'penghuni' nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan." (",)
Seperti yang telah biasa dilakukannya ketika salah satu sahabatnya meninggal dunia Rasulullah saw. mengantar jenazahnya sampai ke kuburan. Dan pada saat pulangnya disempatkannya singgah untuk menghibur dan menenangkan keluarga almarhum supaya tetap bersabar dan tawakal menerima musibah itu.
Kemudian Rasulullah saw. berkata,"tidakkah almarhum mengucapkan wasiat sebelum wafatnya?"
Istrinya menjawab, saya mendengar dia mengatakan sesuatu diantara dengkur nafasnya yang tersengal-sengal menjelang ajal"
"Apa yang di katakannya?"
"saya tidak tahu, ya Rasulullah, apakah ucapannya itu sekedar rintihan sebelum mati, ataukah pekikan pedih karena dasyatnya sakaratul maut. Cuma, ucapannya memang sulit dipahami lantaran merupakan kalimat yang terpotong-potong."
"Bagaimana bunyinya?" desak Rasulullah.
Istri yang setia itu menjawab,"suami saya mengatakan
"Andaikata lebih panjang lagi....andaikata yang masih baru....andaikata semuanya...."
hanya itulah yang tertangkap sehingga kami bingung dibuatnya. Apakah perkataan-perkataan itu igauan dalam keadaan tidak sadar, ataukah pesan-pesan yang tidak selesai?"
Rasulullah tersenyum."sungguh yang diucapkan suamimu itu tidak keliru,"ujarnya.
Kisahnya begini. pada suatu hari ia sedang bergegas akan ke masjid untuk melaksanakan shalat jum'at. Ditengah jalan ia berjumpa dengan orang buta yang bertujuan sama. Si buta itu tersaruk-saruk karena tidak ada yang menuntun. Maka suamimu yang membimbingnya hingga tiba di masjid. Tatkala hendak menghembuskan nafas penghabisan, ia menyaksikan pahala amal sholehnya itu, lalu iapun berkata "andaikan lebih panjang lagi".
Maksudnya, andaikata jalan ke masjid itu lebih panjang lagi, pasti pahalanya lebih besar pula.
Ucapan lainnya ya Rasulullah?"tanya sang istri mulai tertarik.
Nabi menjawab,"adapun ucapannya yang kedua dikatakannya tatkala, ia melihat hasil perbuatannya yang lain. Sebab pada hari berikutnya, waktu ia pergi ke masjid pagi-pagi, sedangkan cuaca dingin sekali, di tepi jalan ia melihat seorang lelaki tua yang tengah duduk menggigil, hampir mati kedinginan. Kebetulan suamimu membawa sebuah mantel baru, selain yang dipakainya. Maka ia mencopot mantelnya yang lama, diberikannya kepada lelaki tersebut. Dan mantelnya yang baru lalu dikenakannya. Menjelang saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga ia pun menyesal dan berkata,
"Coba andaikan yang masih yang kuberikan kepadanya dan bukan mantelku yang lama, pasti pahalaku jauh lebih besar lagi".Itulah yang dikatakan suamimu selengkapnya.
Kemudian, ucapannya yang ketiga, apa maksudnya, ya Rasulullah?" tanya sang istri makin ingin tahu.
Dengan sabar Nabi menjelaskan,"ingatkah kamu pada suatu ketika suamimu datang dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan? Engkau menghidangkan sepotong roti yang telah dicampur dengan daging. Namun, tatkala hendak dimakannya, tiba-tiba seorang musyafir mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu lantas membagi rotinya menjadi dua potong, yang sebelah diberikan kepada musafir itu. Dengan demikian, pada waktu suamimu akan naza', ia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalannya itu. Karenanya, ia pun menyesal dan berkata ' kalau aku tahu begini hasilnya, musafir itu tidak hanya ku beri separuh.
Sebab andaikata semuanya kuberikan kepadanya, sudah pasti ganjaranku akan berlipat ganda. Memang begitulah keadilan Tuhan.
Pada hakikatnya, apabila kita berbuat baik, sebetulnya kita juga yang beruntung, bukan orang lain. Lantaran segala tindak-tanduk kita tidak lepas dari penilaian Allah. Sama halnya jika kita berbuat buruk. Akibatnya juga akan menimpa kita sendiri.
Karena itu Allah mengingatkan:
"kalau kamu berbuat baik, sebetulnya kamu berbuat baik untuk dirimu. Dan jika kamu berbuat buruk, berarti kamu telah berbuat buruk atas dirimu pula."(surat Al Isra':7)
Ataukah kita termasuk hamba-hamba-Nya yang terlena …
Yaa Allah…
Jadikanlah yang terbaik amalku ketika akhir masaku …
Jadikan saat terbaik Ibadahku adalah saat akhir masaku …
Dan Jadikan akhirku sebagai akhir dari segala keburukanku …
Amiieen ….
Mari Berdoa
Dari Sahabat Untuk Sahabat..('',)
Bermula satu pertemuan,
Terjalin sebuah ikatan,
Tercipta seribu kenangan,
Kini hadirnya Perpisahan,
Menguji Keutuhan & Kesetiaan
Dalam Persaudaraan,
Lantaran itu Belajarlah Menghargai
Sebuah Kenangan,
Kerana ia kini Hanya Wujud Dalam Ingatan,
Dan Tak Mungkin akan Berulang lagi,
Malah tak Siapa mampu Mengubahnya,
Itulah realiti kehidupan,
Namun sebuah ikatan Persaudaraan yang sejati pasti akan membawa.
KERINDUAN yang ABADI,
DOAKAN UKHUWWAH INI BERKEKALAN SELAMANYA..
Kelantan Negeriku
Di sini Langkahku Bermula
klick pada logo untuk ke laman web KIAS
Mengejar Cita-Cita
terima kasih atas segalanya, mengajar ku mengenal dunia..
PKPMI-CA
klick pada logo untuk ke PKPMI-CA
IAIN Ar-Raniry, Banda Aceh
klick pada logo untuk ke IAIN Ar-Raniry, Banda Aceh
BangunLah...
Bangunlah, wahai orang yang banyak tidur Sampai kapankah kebekuan ini berlangsung dunia ini adalah negeri yang fana segala sesuatu yang ada padanya pasti lenyap kebaikan yang ada padanya hanya sedikit sedang keburukannya banyak sekali Usia di dunia makin berkurang dan keburukan makin bertambah, oleh kerana itu, Perbanyakkanlah membuat bekal, karena sesungguhnya perjalanan yang akan ditempuh sangat jauh..
Beritahu pada muslimah, dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah, jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah, jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.
"Wahai kamu, anak-anak Islam! Biasakan dirimu dengan
kebisingan bom-bom, peluru mortir dan pekikan senapan dan
tank. Jauhilah kemewahan."
"Wahai kaum Muslimin, berimanlah dengan apa yang diimani
oleh generasi pertama umat Islam, amalkan kebaikan, baca dan
hafalkan al-Qur'an. Berhati-hatilah dengan apa yang kau katakan.
Shalatlah pada malam hari, amalkan puasa sunat, carilah teman
pergaulan yang baik dan ikutlah dalam pergerakan Islam."
"Ketahuilah bahwa pemimpin pergerakan tiada punya kuasa atas
kamu untuk menghalangi kamu berjihad, atau mencegah kamu
meninggalkan jihad demi menyebarkan dakwah, lantas
menjauhkan kamu dari medan perang...
Jangan sekali-kali minta
pembenaran (lagi) kepada siapapun tentang jihad, sebab
kebenarannya sudah pasti."
"Jihad tidak boleh ditinggalkan, karena Allah sendiri mengatakan
bahwa jihad itu ibadah. Orang yang istiqomah berjihad diangkat
tinggi derajatnya oleh Allah. Jihad adalah membebaskan manusia
dari penindasan. Jihad itu melindungi martabat kita dan
memperbaiki dunia. Jihad adalah jalan kemuliaan yang kekal."
Secantik Rama-Rama...Seindah Panorama...:-)
Kata2 motivasi
orang yang berilmu sering diam dari berkata-kata yag tidak berfaedah, sedangkan orang tidak berilmu berbicara tanpa fakta dan hanya menampakkan kebodohannya sediri.
adalaka kita perlu sombong pada manusia yang sombong, dan adakalanya kita perlu mengalah biarpun kita yang benar. kebenaran akan terserlah melalui kejujura setiap tindakan.
ilmu dan amal bagaikan jiwa yang bersatu, tercicir salah satu ibarat busur tanpa anak panah. begitulah hubungan kekeluargaan, air dicincang takkan putus.
teman itu adalah penasihat pada segala kebaikan dan keburukan. meletakkan kepentingan dan hidup orang lain melebihi diri sediri..(",)
kopi tanpa gula sangat pahit, begitulah kebenaran. namun segala kepahitan mengajar kita menerima sesuatu perkara dengan lebih terbuka, menempuh cabaran dan rintangan tanpa mengalah.
tak terasa bila dia pergi tapi sayu bila dia tak kembali mencarinya dengan hati suci lebih indah daripada memliki tapi tak menghargai
Dia datang tanpa seruan Dia pergi tanpa alasan kejarlah ia sebelum ia hilang dari pandangan kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan. THANK YOU ALLAH FOR GIVE OF "UKHUWWAH"